“Kena calit air liur…” – Polis Bakal Guna Kaedah Ini, Buru Pemandu Khayal V*pe ‘Piu Piu’ & Magic M*shroom

LocalHealth & Fitness
26 Jun 2026 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

sjr kit air liur pemandu vape piu piu magic mushroom

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini merancang untuk menggunakan kit ujian air liur di lokasi sekatan jalan raya bagi mengesan pemandu dan pengguna dadah sintetik jenis Piu Piu serta Magic Mushroom.

Langkah ini diambil bagi membendung kes kemalangan yang dipercayai banyak membabitkan pengguna jalan raya yang khayal akibat penggunaan cecair dadah sintetik berkenaan yang dicampurkan dalam vape.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ada pemandu yang tanpa sedar menjadi khayal ketika memandu selepas menyedut bahan sintetik berkenaan.

“Piu Piu dan Magic Mushroom bukan nama dadah tertentu. Ia merupakan istilah komersial yang digunakan untuk memasarkan cecair dadah sintetik yang digunakan dalam peranti vape,” katanya.

Jelasnya lagi, polis percaya beberapa kemalangan jalan raya di negara ini berpunca daripada pemandu yang berada di bawah pengaruh bahan sintetik tersebut.

Beliau turut memberi amaran bahawa dadah jenis ini sangat mudah diperoleh secara dalam talian, di premis hiburan, mahupun melalui rangkaian pengedaran dadah.

Kesannya boleh menyebabkan pengguna khayal sehingga menjejaskan pertimbangan mereka secara serius ketika di jalan raya.

Jika perkara ini tidak dibendung segera, kemungkinan kemalangan jalan raya akibat pengambilan dadah itu semakin meningkat, sekali gus menyebabkan lebih banyak nyawa terancam terutama pengguna jalan raya lain.

Selain pengguna jalan raya, polis mendapati dadah ini turut dikesan digunakan pelajar sekolah menengah.

Gesa kerajaan haramkan vape

Dalam pada itu, polis juga menggesa kerajaan untuk lebih serius mengharamkan penggunaan vape.

Pihaknya turut memohon pertimbangan kerajaan meluluskan peruntukan pembelian kit ujian air liur itu untuk digunakan dalam SJR menjelang hujung tahun ini.

PDRM akan bekerjasama dengan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam menangani masalah ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved