“Kena Popular..” – Ahli ‘Running Man’ Bincang Pengganti Jeon Somin

10 Dec 2023 • 8:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Adakah “Running Man” bakal mendapat ahli baru untuk menggantikan tempat Jeon So-min tak lama lagi?

Dalam episod terbaru ini, mereka menjalani pengembaraan menyambut hari jadi Ji Suk-jin yang mendekati usia 60-an. Semasa bergerak dalam bas, Yoo Jae-suk menyebut mengenai kerusi kosong yang ditinggalkan Jeon So-min.

Ulas Ji Suk-jin,

Jong-kook memberikan idea menarik selepas persembahan kita di mana sesiapa yang menggantikan tempat kosong ini mesti aktif selama 6 bulan sahaja dan boleh mengundurkan diri selepas itu.

image is not available

Tambah lelaki berbadan sasa tersebut,

Bagi peluang untuk orang baru itu popular dan dia boleh meneruskan kehidupannya.

Selit Haha,

Dengan syarat, hanya orang yang melepasi ulang tahun setahun sahaja diberikan sambutan perpisahan.

Ji Suk-jin turut tertawa dan menambah bahawa ini adalah peluang mereka untuk menjadi yang pertama ‘menyewa’ posisi tetap dalam rancangan hiburan tempatan.

Dorang tengah cari pengganti ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved