Susulan isu pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol, pelbagai spekulasi mula timbul.
Hukuman ke atas beliau juga membuatkan rakannya Da’i Fuad turut bersimpati dengan nasib yang dilalui oleh isteri dan anak Da’i Syed.
Da’i Fuad dalam satu hantaran turut meminta orang ramai agar berhenti membuat kritikan kerana Da’i Syed sudah dijatuhkan hukuman.
Isu Dai Syed, sebagai rakan Dai saya terkelu lidah & rasa tidak menentu serta serba salah harini. Menitik juga air mata ketika terdengar berita hukuman berkenaannya tersebar sebelum solat jumaat tadi.
Ujian ini bukan sahaja untuk beliau tetapi untuk kami semua. Kami mohon maaf.
Bagaimanapun, hantaran berkenaan tidak dipersetujui ramai pihak yang menyifatkan seolah pendakwah itu tidak memikirkan keadaan serta kesan trauma yang menimpa mangsa.
Isu ini juga disuarakan oleh penyanyi Baby Shima yang turut tidak berpuas hati dengan hantaran berkenaan.
“Kenapa tak ada surat terbuka buat mangsa rogol dan perogol? Kalau Shima bukan main buat konten.
“Kena puak sendiri pandai pulak suruh netizen diam, bila puak dia buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua, buat-buat tak nampak. Tak ada surat layang,” tulisnya.
Katanya lagi, jika ada isu melibatkan artis, terus dijatuhkan hukuman.
“Bila hal artis, semua laju buat konten naik naikkan view semata-mata. Konon terpaling tegur,” katanya.
The post ‘Kena puak sendiri pandai pulak suruh netizen diam’ – Baby Shima persoal tindakan pendakwah selebriti appeared first on The Reporter.


