“Kena Selalu Datang...” Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian, Meninggal Dunia Kerana Kanser

Food
2 Sep 2026 • 12:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Kena Selalu Datang...” Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian, Meninggal Dunia Kerana Kanser

Untuk mendapatkan slot di restoran Rembayung bukanlah sesuatu yang mudah kerana tempahan dalam talian sentiasa mendapat sambutan ramai.

Situasi itu menunjukkan pengaruh usahawan dan pempengaruh Khairul Aming yang bukan sahaja menarik perhatian menerusi kandungannya, malah perniagaannya.

Jadi, apabila berjaya mendapatkan slot untuk menjamu selera di restoran tersebut, pastinya ada rasa teruja dalam kalangan pelanggan.

Dalam satu perkongsian di Threads, @mefafaaaa berkongsi kisah tentang abangnya, Ariq yang sempat menjamu selera di Rembayung sebelum meninggal dunia.

Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian

Image from: “Kena Selalu Datang...” Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian, Meninggal Dunia Kerana Kanser

Menurutnya, ketika @mefafaaaa berjaya mendapatkan slot di restoran tersebut, Ariq sudah mula menunjukkan simptom sakit.

"Arwah abang dah mula sakit belakang masa ni, tak larat nak pergi jauh. Tapi sebab kita dapat slot Rembayung, arwah gagahkan diri," katanya.

Kongsi @mefafaaaa, selepas menjamu selera, Ariq berkata mereka perlu selalu datang ke Rembayung kerana dia tidak berasa sakit belakang ketika berada di restoran itu.

Ariq turut memuji hidangan di restoran tersebut namun sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Khairul Aming.

"Lepas selesai makan, arwah abang cakap rasanya kena selalu datang Rembayung. Sebab masa dia datang sini dia tak rasa sakit belakang langsung.

"Dia seronok makan, dia gembira. Dia bagi 9/10. Satu point hilang sebab tak dapat jumpa Khairul Aming," kongsinya.

Bagaimanapun, hasrat Ariq untuk kembali ke Rembayung tidak kesampaian selepas dia disahkan menghidap kanser dan meninggal dua bulan kemudian.

Menurutnya, ketika terlantar sakit, Ariq sering meminta cekodok dan ini mengingatkan @mefafaaaa bahawa arwah abangnya gemar hidangan itu dari Rembayung.

Baca juga:

"Tapi kan, ni kali terakhir dia keluar rumah dan enjoy makan. Lepastu dia masuk hospital dapat tahu dia sebenarnya kanser usus tahap 4 dan dua bulan lepastu meninggal dunia 25/08/2026.

"Masa dia tengah sakit teruk terlantar, sibuk dok cakap nak cekodok pisang. Teringat la dia suka betul cekodok kat Rembayung.

"Tapi kakak ipar berjaya la dapat slot take away kat Rembayung. Tapi balik tu selera dia nak makan balik tu tunggu lama. Cekodok pun dah keras," katanya.

Image from: “Kena Selalu Datang...” Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian, Meninggal Dunia Kerana Kanser

Dalam pada itu, @mefafaaaa berkongsi Ariq mula jatuh sakit sekitar bulan September 2025 dan keadaannya menjadi semakin teruk sekitar bulan Jun 2026.

Selepas hampir setahun bertarung nyawa, Ariq akhirnya kembali ke pangkuan Ilahi pada 25 Ogos 2026 sekitar jam 12.30 pagi, dan @mefafaaaa bersama keluarga redha menerima pemergiannya.

Menjengah ke ruangan komen, kisah ini telah menyentuh hati warga maya, termasuk Khairul Aming yang mendoakan agar @mefafaaaa dan keluarga tabah atas kehilangan itu.

"Ya Allah sebaknya baca. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abang awak. Semoga keluarga tabah dengan kehilangan abang, tolong sampaikan salam saya kepada keluarga," kata Khairul Aming.

Image from: “Kena Selalu Datang...” Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian, Meninggal Dunia Kerana Kanser
Image from: “Kena Selalu Datang...” Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian, Meninggal Dunia Kerana Kanser
Image from: “Kena Selalu Datang...” Hasrat Arwah Abang Kembali Ke Rembayung Tak Kesampaian, Meninggal Dunia Kerana Kanser

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved