Kena Serangan Jantung, Pemain Dram Kumpulan ACAB Rebah Ketika Konsert Sedang Berlangsung

Entertainment
22 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemain dram sebuah kumpulan muzik alternatif, ACAB tiba-tiba rebah ketika konsert sedang berlangsung semalam akibat serangan jantung.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, pemain dram yang dikenali sebagai Zul itu rebah dipertengahan lagu, kira-kira 30 minit selepas Konsert ACAB 30th Anniversary itu bermula. Konsert itu terpaksa dihentikan seketika bagi memberikan rawatan kepada mangsa.

Vokalis kumpulan itu, Megat berkata, Zul dipercayai terkena serangan jantung dan sudah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans yang berada di lokasi.

Walau bagaimanpun, konsert diteruskan selepas 20 minit dan pemain dram baharu diganti oleh Irfan.

image is not available

Konsert yang diadakan di Zepp KL tersebut adalah persembahan terakhir ACAB sebelum pembubaran kumpulan muzik alternatif itu.

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.