
Konsert Rentasmasa ‘Satu Evolusi Muzik’ yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2024 akan ditunda ke tarikh baharu iaitu 31 Januari 2025 di ZEPP, Kuala Lumpur.
Tangguh susulan bencana banjir

“Mengambil kira amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir, pihak penganjur bersama para artis telah membuat keputusan untuk menangguhkan konsert ini sebagai tanda solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir.


