Kenaikan gaji minimum dijangka dorong syarikat logistik dan e-dagang manfaatkan teknologi - Evocom

LocalBusiness & Finance
13 Oct 2026 • 5:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kenaikan gaji minimum dijangka dorong syarikat logistik dan e-dagang manfaatkan teknologi - Evocom Image from: Kenaikan gaji minimum dijangka dorong syarikat logistik dan e-dagang manfaatkan teknologi - Evocom amree13/10/2026 - 17:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Okt – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan dijangka mendorong syarikat logistik dan e-dagang menilai semula strategi pengurusan tenaga kerja, meningkatkan produktiviti serta memperluas penggunaan teknologi bagi mengawal kos operasi.

 

Penyedia rumusan teknologi pekerja dan logistik untuk sektor e-dagang, Evocom Berhad berpandangan, majikan selepas ini perlu mencari keseimbangan antara isu peningkatan pendapatan petugas dengan keperluan mengekalkan kecekapan operasi dan mutu perkhidmatan.

 

Ujarnya, cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 itu dan bermula Jun 2027 menjadikan perancangan tenaga kerja semakin penting, khususnya industri yang bergantung kepada buruh seperti pemenuhan pesanan e-dagang dan penghantaran destinasi jarak akhir.

 

"Dalam menghadapi perubahan kos buruh, majikan boleh menilai semula jadual syif, pengagihan kerja dan keperluan kakitangan mengikut permintaan. Penggunaan pekerja sambilan boleh dipertimbangkan ketika tempoh puncak, bergantung pada model operasi perniagaan," katanya.

 

Evocom menambah, peningkatan produktiviti tidak semestinya bergantung kepada pengurangan jumlah pekerja, sebaliknya boleh dicapai melalui penambahbaikan proses kerja, penjadualan yang lebih cekap, pengagihan sumber dan pemantauan prestasi operasi.

 

Bagi syarikat logistik, perancangan laluan penghantaran dan penyelarasan petugas yang lebih baik berpotensi mengurangkan ketidakcekapan, sekali gus membantu mengawal kos sambil mengekalkan standard perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Evocom_DagangNews2026

 

Tumpuan Belanjawan 2027 terhadap pendigitalan dan inovasi turut membuka peluang kepada perniagaan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) serta analitik logistik bagi mengoptimumkan laluan, meningkatkan pemantauan operasi dan menyokong keputusan pengagihan sumber.

 

"Bagaimanapun, kami berpandangan penerimagunaan teknologi perlu berasaskan manfaat operasi yang boleh diukur, bukannya sekadar memperkenalkan sistem baharu tanpa penilaian kesan terhadap tahap produktiviti dan kecekapan perniagaan," tegas Evocom.

 

Isu perlindungan pekerja gig turut menuntut keseimbangan antara jaminan pendapatan, perlindungan sosial dan fleksibiliti tenaga kerja. Pelaksanaan garis panduan serta penglibatan berterusan antara kerajaan, dan pemain industri penting bagi memastikan kebajikan pekerja.

 

Syarikat itu turut menekankan kepentingan pembangunan kemahiran dan latihan bagi menyediakan tenaga kerja menghadapi operasi logistik yang semakin bergantung pada teknologi. Peningkatan kemahiran dijangka membantu pekerja menyesuaikan diri dengan keperluan industri.

 

Bagi Evocom, pendekatan menyeluruh yang menggabungkan perancangan pekerja, penambahbaikan proses, penggunaan teknologi dan pembangunan kemahiran penting untuk membantu perniagaan kekal fleksibel, mengekalkan kualiti perkhidmatan dalam persekitaran semakin mencabar. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved