Kenaikan gaji minimum boleh kurangkan pendapatan perladangan hingga 7% pada FY28 – CIMB Securities

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kenaikan gaji minimum boleh kurangkan pendapatan perladangan hingga 7% pada FY28 – CIMB Securities Image from: Kenaikan gaji minimum boleh kurangkan pendapatan perladangan hingga 7% pada FY28 – CIMB Securities hamden12/10/2026 - 10:50 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Okt – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 dijangka memberi tekanan kepada pendapatan syarikat perladangan, dengan kesan negatif dianggarkan antara 2% hingga 7% pada tahun kewangan 2028 (FY28), menurut CIMB Securities.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kesan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 itu dijangka mula dirasai pada FY27, dengan pendapatan syarikat perladangan berpotensi susut antara 0.2% hingga 4%.

 

Bagaimanapun, tekanan terhadap pendapatan itu berpotensi diimbangi sebahagiannya oleh kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM), sekiranya fenomena El Niño menjejaskan bekalan dan mengetatkan pasaran.

 

CIMB Securities berkata, kesan kenaikan gaji minimum dijangka lebih ketara terhadap syarikat perladangan huluan yang mempunyai operasi di Malaysia, termasuk Johor Plantations Group Bhd, Ta Ann Holdings Bhd dan Hap Seng Plantations Holdings Bhd.

 

Sebaliknya, pekerja penuaian dijangka kurang terjejas kerana pendapatan mereka sudah melebihi paras gaji minimum yang baharu.

 

Menurut firma penyelidikan itu, kenaikan kos buruh juga berpotensi mempercepat penggunaan mekanisasi dan automasi dalam sektor perladangan bagi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja.

 

Dalam pada itu, peluasan kemudahan bayaran balik cukai jualan bagi mesin dan input tertentu yang layak digunakan dalam pengeluaran baja serta racun perosak dijangka membantu mengurangkan sebahagian tekanan kos operasi.

 

Secara keseluruhan, CIMB Securities mengekalkan pandangan positif terhadap sektor perladangan dengan penarafan Overweight, disokong potensi kenaikan harga MSM yang boleh mengimbangi sebahagian kesan peningkatan kos.

 

Firma itu turut mengekalkan IOI Corporation Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd, Genting Plantations Bhd dan Hap Seng Plantations Holdings Bhd sebagai pilihan utama dalam sektor berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved