Kenaikan kadar faedah AS beri kesan kecil kepada hasil sektor semikonduktor Malaysia – TA Research

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 10:51 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kenaikan kadar faedah AS beri kesan kecil kepada hasil sektor semikonduktor Malaysia – TA Research Image from: Kenaikan kadar faedah AS beri kesan kecil kepada hasil sektor semikonduktor Malaysia – TA Research amree18/09/2026 - 10:51 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Sept — Kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan terhad kepada pendapatan sektor semikonduktor Malaysia, dengan pengukuhan dolar AS berpotensi menyokong hasil pengeksport, menurut TA Research.

 

Tambahan pula jelasnya, momentum sektor semikonduktor tempatan masih lagi disokong kukuh oleh permintaan produk berkaitan kecerdasan buatan (AI), pengembangan pusat data (DC) dan kitaran peningkatan industri semikonduktor global.

 

Justeru, peningkatan kadar faedah AS sebanyak 25 mata asas kepada julat 3.75% hingga 4% dijangka tidak menjejaskan prospek hasil syarikat semikonduktor Malaysia, manakala pengukuhan dolar AS pula boleh memberikan sokongan kepada syarikat berorientasikan eksport.

 

"Dasar monetari lebih ketat namun berpotensi menekan penilaian saham semikonduktor, khususnya yang didagangkan pada gandaan penilaian tinggi. Perkembangan terkini turut menunjukkan pelabur fokus peningkatan hasil bon Perbendaharaan AS berbanding kenaikan kadar itu sendiri," katanya.

 

Dalam pada itu, momentum industri semikonduktor global kekal kukuh apabila jualan global mencapai AS$146.8 bilion (RM598 bilion) pada Julai 2026, naik 6.4% bulan ke bulan (MoM) dan 135.1% tahun ke tahun (YoY), sekali gus mencatat pertumbuhan bulan ke-33 berturut-turut.

 

Secara kumulatif ujar TA Research, jualan semikonduktor global melonjak 93.6% YoY kepada AS$784.6 bilion (RM3.2 trilion) bagi tujuh bulan pertama 2026, malah sudah menyamai rekod jualan tahunan terdahulu dalam tempoh hanya tujuh bulan.

 

sektor semikonduktor_DagangNews2026

 

Katanya, pertumbuhan didorong permintaan AI yang kukuh dan pengembangan berterusan infrastruktur DC, dengan pertumbuhan tahunan merentasi semua rantau utama diterajui Amerika (+171.3%), Asia Pasifik dan lain-lain (+134.9%) serta China (+123.6%).

 

Dari segi pelaburan kapasiti, bil peralatan semikonduktor global naik 23% YoY kepada AS$40.5 bilion (RM165.2 bilion) pada 2QCY26, selain meningkat 11% berbanding suku sebelumnya, suku kedua berturut-turut yang mencatat rekod, mencerminkan pelaburan berterusan menyokong kitaran AI.

 

"Bagi Malaysia, kami menjangka pemulihan sektor secara tidak sekata, dengan pertumbuhan kukuh dalam reka bentuk litar bersepadu (IC), optoelektronik serta pembungkusan dan pengujian semikonduktor, khususnya syarikat yang ada pendedahan kepada AI dan infrastruktur DC," katanya.

 

Sebaliknya, pemain yang bergantung kepada pasaran tradisional seperti komputer peribadi (PC) dan telefon pintar mungkin berdepan persekitaran operasi lebih mencabar, antara lain susulan peningkatan kos memori. 

 

TA Research menambah, risiko utama sektor berkenaan pula termasuk perubahan dasar AS yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan rantaian bekalan, jualan lebih lemah daripada jangkaan serta lonjakan mendadak harga komoditi.

 

Sehubungan itu, ia mengekalkan pendirian ‘neutral’ terhadap sektor semikonduktor, dengan DNEX sebagai pilihan utama pada harga sasaran (TP) 66 sen, selain menaik taraf Unisem dan MPI kepada 'beli' dengan TP masing-masing RM4.81 dan RM47.30.

 

Sementara itu, saranan Inari dikekalkan iaitu 'pegang' dengan TP RM2.70, manakala Elsoft masih 'pegang' dengan TP diturunkan kepada 25 sen daripada 28 sen. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved