Kenalan Lelaki Ketika Di Universiti Disyaki Dalang Pembunuhan Cikgu Istiqomah, Berhubung Atas Urusan Forex

12 Aug 2024 • 1:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti suatu ketika dahulu disyaki menjadi dalang pembunuhan cikgu, Istiqomah Ahmad Rozi, Disember tahun lalu.

Suspek merupakan seorang guru sebelum berhenti dan menjadi pedagang mata wang asing (Forex) dan dipercayai mempunyai urusan pelaburan Forex dengan mangsa.

image is not available

Terdahulu, penemuan itu hasil siasatan dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin adalah cikgu Istiqomah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mayat itu ditemui tidak lengkap anggota badan termasuklah kedua-dua tangan dan kaki.

Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai.

image is not available

image is not available

Suspek direman sehingga 19 Ogos ini bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya yang turut ditahan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

Kita percaya suspek dan mangsa berhubung bagi membincangkan pelaburan forex.. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

image is not available 23 hours ago

Hampir Setahun Hilang, Rupanya Mayat Tanpa Kepala & Tangan Milik Ustazah Istiqomah