Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

20 Aug 2023 • 10:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenalan serta waris keluarga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dilihat mula tiba di Tanah Perkuburan Raudahtul Sakinah Fasa 2, Batu Caves pada Ahad.

GOMBAK - Kenalan serta waris keluarga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dilihat mula tiba di Tanah Perkuburan Raudahtul Sakinah Fasa 2, Batu Caves pada Ahad.

Jenazah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang itu dikebumikan sebelum waktu Zohor.

Selain itu, turut dilihat beberapa pihak berkuasa sedang membuat persiapan dari segi menyusun kerusi dan memasang khemah di kawasan tersebut.

Difahamkan, Jenazah Johari telah tiba Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang (MJAR Klang) kira-kira pada jam 10.18 pagi tadi.

Pada Sabtu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kesemua sembilan jenazah mangsa terlibat nahas ini boleh dituntut kira-kira jam 9 pagi di Jabatan Forensik, HTAR Klang.

Pada Khamis, nahas pesawat persendirian jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam mengorbankan 10 nyawa termasuk Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu.

Insiden berkenaan melibatkan enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing ialah penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Pesawat tersebut yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) itu dilaporkan mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum mendarat.

ARTIKEL BERKAITAN: