“Kenangan Terindah, Terima Kasih Ade Govinda”- Lagu ‘Masing-Masing’ Menang ‘Soundtrack Sinetron Paling Ngetop’ Di Indonesia

WorldEntertainment
21 Nov 2024 • 12:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, lagu nyanyian Ernie Zakri bersama komposer terkenal di Indonesia, Ade Govinda yang berjudul Masing-Masing telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Soundtrack Sinetron Paling Ngetop (OST) di Anugerah SCTV 2024 yang berlangsung di Indonesia.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri meluahkan rasa syukur dan gembira di atas kemenangan tersebut.

Ini pertama kali saya muncul di rancangan besar di Indonesia, masyaAllah di atas rezeki ini. Kepada Malaysia yang sedang lihat, subhanaAllah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SCTV (@sctv)

Terima kasih SCTV Awards, Universal Music Malaysia dan Universal Music Indonesia.

Komposer, Ade mengucapkan terima kasih kepada pihak drama Luka Cinta kerana menjadikan lagu Masing-Masing sebagai ‘OST’ naskah tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram milik penyanyi itu, dia menyifatkan kemenangan yang diraih sebagai satu kenangan terindah dalam kerjaya seninya sebagai penyanyi.

Datang sini (Indonesia) untuk menyanyi je, tak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah, Terima kasih mas Ade untuk karya hebat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aura (@erniezakri)

Terima kasih pencipta lagu Masing-Masing kerana anda, lagu ini sampai ke sini. Sayang semua. Terima kasih juga ernienators (kelab peminat) untuk rasa cinta dan sokongan yang diberikan.

image is not available 1 month ago

“Saya Duta Equal Bulan Ini” - Ernie Zakri Hiasi Papan Iklan Gergasi Di New York Times Square Buat Kali Kedua