“Datang untuk nyanyi je, tak sangka…” – Ernie Zakri Terharu Lagu ‘Masing Masing’ Rangkul Anugerah Di Indonesia

Entertainment
21 Nov 2024 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahniah Ernie Zakri!

Semalam, penyanyi terkenal negara, Ernie Zakri telah melakar kejayaan apabila lagu nyanyiannya yang berjudul ‘Masing Masing’ muncul juara bagi kategori Soundtrack Sinetron Paling Ngetop pada SCTV Awards 2024 yang disiarkan secara live di Emtek City, Jakarta.

Lagu yang dicipta komposer dan pemuzik Indonesia, Ade Govinda itu telah menjadi runut bunyi bagi sinetron ‘Luka Cinta’ yang disiarkan SCTV, pada September tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SCTV (@sctv)

Berita kemenangan berkenaan telah dimuat naik oleh Instagram rasmi SCTV dan menerima pelbagai komen daripada netizen dan rakan artis yang terharu dengan kejayaan penyanyi dari Malaysia itu.

image is not available

“Tak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah”

Susulan kemenangan itu, Ernie dalam satu posting di Instagram meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT dan ucapan terima kasihnya kepada mereka yang telah memberi sokongan dalam menjayakan lagu tersebut.

Datang sini untuk nyanyi je, tak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah ini. Thank you Mas @ade_govinda untuk karya ini. Thank you @universalmusic_my @universalmusicindonesia & @mymusic.records for the endless support.

“Terima kasih team saya yang datang jauh dari Malaysia untuk menyiapkan saya. Thank you @ernienators_official for the love & support I received this year.

Thank you pencinta lagu Masing Masing, kerana anda semua lagi ini sampai ke sini. Sayang semua ,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aura (@erniezakri)

Sebagai info, SCTV Awards 2024 adalah acara tahunan yang dianjurkan stesen TV tersebut untuk menghargai penggiat industri sinetron dan perfileman.

Apa-apapun tahniah sekali lagi Ernie! Semoga terus sukses!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.