
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kehamilan bukanlah satu perkara yang mudah baik dari fizikal mahupun emosi. Setiap ibu mengandung mempunyai pengalaman berbeza sepanjang menjalani tempoh ini.
Ada yang terpaksa berhadapan dengan morning sickness yang teruk pada fasa awal kehamilan dan ada juga yang terpaksa menelan kepahitan dengan berat badan naik mendadak walhal mereka sebenarnya sebelum ini sentiasa langsing.
Namun, ada juga yang tiada alahan namun terpaksa berhadapan dengan cabaran lain seperti sakit badan pada trimester kedua atau ketiga.
Selain morning sickness dan sakit badan, antara perkara lain yang dihadapi oleh kebanyakan ibu mengandung adalah cepat lupa. Pasti ramai yang tak perasan namun sedar tentang perkara ini.
Pernah tak korang terfikir kenapa diri menjadi pelupa lebih-lebih lagi perkara kecil sepanjang tempoh kehamilan?
Pelupa Ketika Hamil Digelar Sebagai Momnesia
Memetik laman Hello Doktor, keadaan di mana ada ibu hamil menjadi pelupa ketika proses kehamilan dipanggil sebagai Momnesia.
Merujuk laman Baby Center, keadaan ini juga turut dikenali sebagai pregnancy brain atau baby brain.
Jelas laman itu, bukan hanya ketika hamil, malah ia boleh berlarutan selepas si ibu melahirkan bayi.
Tiada kajian yang menunjukkan masa sebenar sifat pelupa ini berlaku. Namun, ada sesetengah kajian menunjukkan ia boleh bermula seawal trimester pertama dan menjadi lebih teruk apabila si ibu masuk ke trimester ketiga.
Apa Simptom Momnesia?
Antara simptom momnesia yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita hamil adalah:
- Masalah memori
- Menjadi cepat lupa
- Sukar untuk tumpukan perhatian
- Kurang fokus
- Setiap perbuatan menjadi kekok (clumsy)
- Rasa keliru
- Kesukaran membaca dan memahami teks
- Sukar untuk mengingati kembali perkataan
Peningkatan Hormon Progestron & Estrogen Jadi Punca Ibu Hamil Cepat Lupa
Jelas doktor perubatan dan usahawan, Dr Raihana Ismail, antara sebab mengapa ibu cepat lupa ketika mengandung kerana hormon sedang merubah struktur otak.
“Hormon progesterone dan estrogen naik mencanak ketika hamil. Ia ubah sambungan neuron otak, fokus, memori dan logik.
“Ibu boleh jadi blur sekejap kerana otak tengah susun semula untuk jadi lebih responsif secara emosi, bukan analitikal macam biasa,” terangnya.
Otak Ibu Berubah Menjadi Kepada Mod Priority Shift
Terang Dr Raihana lagi, punca lain adalah disebabkan oleh otak ibu mula berubah kepada mod ‘priority shift’.
“Bahagian otak yang urus empati dan ikatan dengan bayi makin aktif. Fokus automatik kepada bayi, bukan benda lain.
“Sebab itu ibu boleh ingat jadual vitamin baby tapi lupa tempat letak kunci,” terangnya.
Mengapa Otak Ibu Menjadi Kabur Semasa Mengandung? Kita bincangkan mengapa otak ibu menjadi kabur dan lupa semasa mengandung. Ini disebabkan oleh perubahan hormon, perubahan struktur otak, dan kurang tidur yang menyebabkan otak menjadi ‘jam’. Walau bagaimanapun, ini adalah proses normal untuk membantu ibu menjadi lebih peka, kuat intuisi dan lebih terhubung dengan emosi. #pregnancybrain #momnesia #hormonrenovation #brainupgrade #effertymama #drraihanaismailofficial
Tonton video penuh [DI SINI]
Perubahan Otak Buat Ibu Jadi Lebih Sensitif Dengan Keperluan Anak
Jelas Dr Rai, terdapat kajian MRI mendapati sememangnya berlaku perubahan struktur otak ketika hamil yang membantu seorang ibu lebih peka dengan emosi orang sekeliling.
Malah, menurut seorang lagi doktor perubatan, Dr Aishah Abas, berdasarkan kajian The Journal of Neuroscience menunjukkan terdapat bahagian otak ibu mengandung akan mengecut ketika kehamilan dan sehingga dua tahun selepas mengandung.
Namun jelasnya, setiap kejadian mempunyai hikmahnya tersendiri. Ini kerana pengkhususan saraf pada otak wanita mengandung itu menjadi lebih baik dan lebih sensitif kepada keperluan anak.
“Naluri keibubapaan akan menjadi lebih tinggi bagi mereka yang alami perubahan ini. Sebab itulah jangan main-main dengan naluri ibu.
“Ibu boleh rasa bila anak dalam bahaya, dalam kesakitan dan memerlukan pertolongan.
“Itulah yang diwujudkan akibat perubahan yang berlaku kepada otak mengandung ini,” jelasnya.
Replying to @DrAishahAbas kenapa ibu2 cepat lupa #draishahabas #publichealth #kesihatanawam #tatehmalaysia
Tonton video penuh [DI SINI]
Kurang Tidur & Stres Boleh Jadi Punca Ibu Hamil Senang Lupa
Selain itu, kurang tidur juga boleh menjadi punca mengapa ada ibu hamil yang cepat lupa ketika mengandung.
Ini kerana ada wanita yang terpaksa berhadapan dengan situasi susah tidur malam dek kerana perubahan badan akibat kehamilan contohya seperti rasa tidak selesa untuk baring dan kerap terkencing.
Jelas laman Baby Center, wanita yang berterusan mengalami masalah kurang tidur boleh memberi kesan kognitif dan ingatan kepada otak.
Bukan itu sahaja, emosi yang tidak stabil seperti stres dan anxiety juga menjadi penyebab ada ibu hamil yang mudah lupa.
Cara Hadapi Pregnancy Brain Ketika Hamil
Bila sering terlupa benda kecil sememangnya boleh membuat seseorang itu berasa tertekan atau risau.
Namun keadaan ini boleh diatasi dengan beberapa cara antaranya seperti:
- Membuat catatan to-do-list aktiviti seharian dalam menjalani kehidupan seharian.
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Minta bantuan orang sekeliling seperti pasangan atau rakan rapat untuk mengingatkan anda tentang perkara penting.
- Ambil makanan tinggi Omega-3, B12 dan zat besi seperti salmon, ikan sardin dan biji chia.
- Ambil mineral yang dikenali sebagai Choline yang dapat membantu menghasilkan acetylcholine iaitu bahan kimia yang meransang memori. Memetik laman Hello Doktor, ada saintis yang percaya pengambilan Choline amat baik untuk meningkatkan memori ibu selain baik untuk perkembangan otak bayi.
Jadi, buat para ibu yang sering lupa ketika hamil, momnesia atau pregnancy brain ini adalah satu perkara biasa dan normal yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita mengandung.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Alami Gangguan Emosi Ada Risiko Meroyan? Ketahui Faktor & Cara Mencegah
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Buku Pink Penting Buat Ibu Hamil. Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Tarikh Bersalin Dah Nak Dekat? Ini Senarai Barang Yang Perlu Ibu Hamil Bawa Ke Hospital
Source:

![“Tujuannya Nak Bantu Orang” – Pakar Hartanah Gesa Individu Tak Beli Rumah Kos Rendah Untuk Pelaburan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/property.jpeg)


![Lelaki Tegur Pekerja Servis Aircond Buang Sampah Tepi Jalan Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)
![“Boleh Kena Kereta & Motor” – Tular Lori PBT Didakwa Bawa Muatan Tanah Tak Bertutup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Kakak Nekad Roboh Rumah Adik Gara-gara Berebut Tanah Pusaka [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/home-and-living.jpeg)