“Kenapa Asyik Cakap Pasal ‘Running Man’?” – Lee Kwangsoo Marah Yoo Jaesuk?

24 Apr 2024 • 11:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pergi mana pun, mesti Lee Kwang-soo akan diusik Yoo Jae-suk.

Semasa pembukaan episod pertama program terbaru SBS “Whenever There’s Chance”, Yoo Jae-suk seperti biasa mula ‘membahan’ tetamu iaitu Lee Kwang-soo. Usiknya,

Dia kan macam penanda buku? Mengapa kamu muncul di sini dan bukan di ‘Running Man’ seperti yang saya suruh?

Balas Lee Kwang-soo,

Mengapa kita menyebut hal ‘Running Man’ di sini? Ini penggambaran pertama, kenapa nak bersembang macam ni?

image is not available

Yoo Jae-suk kemudian terus mengusik mengenai sebab Lee Kwang-soo boleh berada di sini meskipun bukan dia dan Yoo Yeon-seok menjemputnya. Kemudian, mereka ‘membahan’ mungkin syarikat Yoo Yeon-seok dan Lee Kwang-soo iaitu King Kong by Starship memberikan kerja buat ‘zirafah; itu sebagai bayaran tambahan buat Yoo Yeon-seok yang merupakan hos utama.

Balas Lee Kwang-soo,

Apa pulak diselit? Ramai tau yang cari saya.

Yoo Jae-suk menambah lagi,

Dah tu kenapa awak tak muncul dalam ‘Running Man’?

image is not available

Respon lelaki tinggi lampai tersebut,

Mengapa nak sebut tentang ‘Running Man’ di sini?

Sampai bila pun lah kena..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.