‘Kenapa B40 suka rakam video kapal terbang mendarat, jarang travel ke?’

LocalTravel
6 Aug 2026 • 1:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kenapa B40 suka rakam video kapal terbang mendarat, jarang travel ke?’

PETALING JAYA – “Kenapa golongan B40 suka sangat merakam video ketika kapal terbang mendarat? Jarang travel (melancong) ke?”

Itu kenyataan seorang wanita yang mempersoalkan tindakan segelintir penumpang merakam video ketika pesawat mendarat, sambil mengaitkan tabiat itu dengan golongan B40.

Bagaimanapun, hantaran di media sosial berkenaan dipercayai cuba mempersendakan golongan B40 itu mengundang padah apabila wanita itu dikecam teruk orang ramai menerusi ruangan komen.

Ada yang menegaskan, tabiat tersebut bukan hanya dilakukan oleh golongan B40, sebaliknya turut dilakukan penumpang pelbagai latar belakang.

Tidak kurang juga yang menyelar wanita berkenaan kerana didakwa cuba memperlekeh individu lain demi meraih perhatian di media sosial.

“Acah T20, diri sendiri pun B40. Dia ambil video atau gambar guna telefon kau ke? Bagus sangat perangai ambil gambar orang lepas tu buat hantaran,” kecam @Surahaini.

“Salah ke saya B40 rakam atau ambil gambar? Kitanya B40. Alhamdulilah, 100 negara dah jelajah,” ujar @June_kie88.

“Saya kru pun masih suka rakam, kak. Kasihan awak, nampak sangat tak gembira dengan hidup sendiri,” kata @Fellayunda. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kenapa B40 suka rakam video kapal terbang mendarat, jarang travel ke?’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved