Kenapa Ikan Terapung Di Permukaan Air Walaupun Masih Hidup?

11 Aug 2026 • 3:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kenapa Ikan Terapung Di Permukaan Air Walaupun Masih Hidup?

Selalunya, bila nampak ikan terapung di permukaan air, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah ikan itu sudah mati.

Tapi, tahukah anda keadaan itu tidak semestinya bermakna ikan berkenaan sudah tidak bernyawa?

Menerusi satu perkongsian di Threads, @_nathanaeladams berkongsi satu video memaparkan seekor ikan yang kelihatan terapung sambil cuba menyelam semula ke dalam tasik.

Kenapa Ikan Terapung Masih Hidup?

Rupa-rupanya, ikan itu bukan mati, tetapi mengalami masalah perut kembung menyebabkan badannya sukar untuk kembali ke kawasan air yang lebih dalam.

Melihat keadaan itu, individu yang merakam video berkenaan mengambil keputusan untuk membantu ikan tersebut dengan melepaskan gas yang terperangkap dalam perutnya.

Ikan itu kemudian dibawa ke atas jeti sebelum satu cucukan kecil dibuat pada bahagian perut ikan tersebut agar gas dari perutnya keluar.

Baca juga:

Selepas proses tersebut berjaya dilakukan, individu itu telah melepaskan semula ikan itu ke dalam tasik dan haiwan itu berjaya berenang kembali ke kawasan yang lebih dalam.

Tapi, bagaimana ikan boleh mengalami keadaan seperti ini sehingga menyebabkan ia terapung di permukaan air?

Menurut @nathanealadams, kebanyakan ikan terutamanya spesies yang mempunyai pundi renang tertutup (physoclistous fish), bergantung pada gas dalam pundi renang untuk mengawal daya apungan mereka dalam air.

Namun, jika ikan ditangkap dan dinaikkan dengan cepat dari kawasan air, perubahan tekanan secara tiba-tiba menyebabkan gas dalam pundi renang mengembang.

Selain itu, keadaan ini juga boleh disebabkan kerana ikan stress, masalah persekitaran, atau masalah kesihatan yang memberi kesan terhadap kebolehan ikan untuk mengawal daya apungan mereka.

Keadaan ini dikenali sebagai barotrauma, iaitu keadaan yang boleh menyebabkan ikan mengalami perut kembung, hilang kawalan terhadap daya apungan dan sukar untuk berenang kembali ke kawasan lebih dalam.

Bagaimanapun, tindakan mencucuk ikan untuk mengeluarkan gas bukanlah kaedah yang sesuai untuk dibuat secara sembarangan.

Kalau tersilap cucuk, kecederaan atau jangkitan boleh berlaku pada ikan yang mungkin akan menyebabkan kematian.

Luka dari cucukan itu juga biasanya mengambil masa lebih kurang beberapa minggu untuk sembuh, bergantung kepada spesies ikan, tahap kecederaan dan keadaan persekitaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved