“Kenapa Kena Pakai Ek?” – Shila Amzah Tindik Hidung Ketika Konsert GV9, Ada Netizen Tak Puas Hati

Music
27 Sep 2022 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi terkenal, Shila Amzah dilaporkan telah menerima kecaman daripada netizen setelah penampilannya dalam program nyanyian Gegar Vaganza dikatakan seperti ‘lembu’.

Ini berikutan Shila telah membawa imej bertindik di hidung pada malam persembahan tersebut.

Ia ternyata telah menarik perhatian netizen sehingga ada yang mengutuk dan mempertikaikan gaya pelantun lagu Patah Seribu itu di media sosial.

Penampilan Shila itu terlihat dengan lebih jelas lagi apabila dia ditemuramah wartawan usai sahaja konsert minggu kedua tamat pada malam Ahad yang lalu.

Dalam video wawancara berkenaan, ada sesetengah netizen tampil memberikan komen pertanyaan tentang keperluan Shila Amzah untuk bertindik.

image is not available

Pertanyaan itu kemudiannya dibalas oleh peminat Shila Amzah yang rata-ratanya mendakwa penampilan artis kegemaran mereka itu tidak keterlaluan ia adalah pilihan serta hak penyanyi itu sendiri untuk bergaya di atas pentas.

Kenapa kena tanya macam tu eh? tak salah pun.

Tindik hidung boleh asalkan tak melampaui batas.

Shila pakai tindik hidung yang jenis pelekat je kot…

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

“Lagu Ini Cukup Dahsyat..” - Hattan Dedah Sejarah Lagu Rendang Tak Berbuah Nukilan Arwah Bob Lokman

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved