Kenapa lokasi Starlink seterusnya ditentukan oleh Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan?

28 Jul 2023 • 4:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah menyatakan, 10 unit Starlink daripada 40 unit yang ditempah kerajaan Malaysia, akan diletakkan di UiTM. Unit pertama Starlink, telah pun siap dipasang di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia dipasang bukan sebagai penyelesaian utama di kampus tersebut, sebaliknya untuk membantu para pelajar mendapatkan internet yang lebih baik, sementara menunggu peruntukan lebih besar bagi pemasangan 'access point' bagi Wifi kampus.

Di mana pula lokasi seterusnya yang akan dipasang Unit Starlink?

Starlink akan ditempatkan di Sekolah dan Klinik Kesihatan

Fahmi menjawab soalan ini dengan mengatakan, dia telah telah berhubung dengan Menteri Pendidikan serta Menteri Kesihatan bagi mengenalpasti beberapa lokasi sekolah dan klinik kesihatan yang memerlukan bantuan internet satelit.

Fahmi juga mengatakan bahawa beberapa lokasi kampung orang asli dan komuniti di kawasan pedalaman tanpa akses internet akan dikenalpasti untuk dibantu.

Namun begitu, penyedia-penyedia perkhidmatan internet satelit sedia ada tidak akan diketepi. Program 'Broadband Wireless Access’ SKMM akan dipertingkat. Ini adalah sebahagian daripada usaha KKD bagi menangani isu akses internet di 3% kawasan berpenduduk yang masih tiada liputan, tambah Fahmi lagi.

Program internet satelit telah disediakan di Malaysia oleh Connectme Now sebelum ini. Menerusi pelancaran satelit MEASAT-3D tahun lepas, Connectme Now kini mampu menyediakan internet satelit berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps. Satelit baru ini juga menawarkan peningkatan kapasiti sebanyak 30Gbps untuk menyokong lebih ramai pengguna.

image is not available
ConnectMe Now sedia internet satelit percuma untuk tentera di pos kawalan sempadan terpencil

Sebelum ini, Fahmi ada menyebut bahawa 97% kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet. Bagi 3% pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian. Tetapi pemasangan di UiTM sebaliknya bukan akibat lokasi mencabar, tetapi menampal titik buta akibat sambungan internet mudah alih dan akses WiFi yang tidak lengkap.

[Sumber: Fahmi Fadzil]

Bacaan Berkaitan