
Kenapa Minyak Kereta Cepat Habis? Ini Punca Ramai Tak Sedar
Minyak kereta yang cepat habis sering menimbulkan persoalan. Lebih-lebih lagi apabila kenderaan kelihatan berfungsi seperti biasa tanpa sebarang tanda kerosakan yang ketara.
Ramai pemilik kereta hanya menyedari masalah ini apabila terpaksa kerap menambah minyak enjin walaupun jarak pemanduan tidak jauh atau minyak baru sahaja ditukar.
Keadaan ini lazimnya dianggap remeh dan dianggap sebagai perkara biasa sedangkan ia sebenarnya boleh menjadi isyarat awal bahawa enjin sedang bekerja dalam keadaan tidak optimum akibat faktor dalaman atau tabiat pemanduan harian yang tidak disedari.
Hakikatnya, minyak enjin yang cepat berkurang bukan semata-mata berpunca daripada kebocoran atau usia enjin semata-mata malah turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor kecil yang sering diabaikan oleh kebanyakan pemandu.
Jika dibiarkan berlarutan, masalah ini bukan sahaja menjejaskan prestasi kenderaan malah boleh meningkatkan kos penyelenggaraan dan risiko kerosakan enjin dalam jangka panjang.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 10 punca utama kenapa minyak kereta cepat habis yang ramai tidak sedar. Perkongsian ini diharapkan dapat membantu anda menjadi lebih peka serta mengambil langkah pencegahan awal.
Ia juga dapat membantu mengelakkan kerosakan enjin yang lebih serius dan kos penyelenggaraan yang tinggi di kemudian hari.
1. Kebocoran minyak enjin
Kebocoran minyak enjin merupakan antara punca paling kerap berlaku dan sering tidak disedari kerana ia tidak semestinya meninggalkan kesan tompokan minyak yang jelas di bawah kereta.
Kebocoran kecil pada gasket, oil seal, penutup injap atau bahagian oil pan boleh menyebabkan minyak keluar sedikit demi sedikit. Minyak yang menitis ini akan melekat pada bahagian enjin dan menguap apabila terdedah kepada haba tinggi.
Dalam jangka masa yang panjang, keadaan ini akan menyebabkan paras minyak menurun secara konsisten dan memaksa enjin beroperasi tanpa pelinciran mencukupi. Keadaan ini juga akan mempercepatkan kehausan komponen dalaman.
2. Enjin sudah berusia atau haus
Apabila sesebuah kereta telah digunakan untuk tempoh yang lama atau mencatat jarak perbatuan yang tinggi, kehausan komponen dalaman enjin adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Piston ring dan valve seal yang sudah longgar akan membenarkan minyak enjin meresap masuk ke dalam kebuk pembakaran dan terbakar bersama bahan api.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan minyak cepat habis malah turut menjejaskan prestasi enjin. Ia juga boleh menghasilkan asap ekzos berwarna kebiruan dan meningkatkan penggunaan minyak secara berterusan walaupun tiada kebocoran luaran dikesan.
3. Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai
Selain itu, ramai pemilik kereta kurang memberi perhatian terhadap spesifikasi minyak enjin yang disarankan oleh pengeluar. Sedangkan pemilihan minyak yang tidak sesuai boleh memberi kesan besar kepada kadar penggunaan minyak.
Minyak yang terlalu cair lebih mudah memasuki ruang pembakaran. Manakala minyak berkualiti rendah pula cepat terurai apabila terdedah kepada suhu enjin yang tinggi.
Akibatnya, minyak kehilangan keupayaan melincir dengan berkesan dan perlu ditambah dengan lebih kerap berbanding minyak yang sesuai dan berkualiti tinggi.
4. Cara pemanduan yang agresif
Gaya pemanduan yang agresif seperti kerap memecut secara mengejut, mengekalkan RPM tinggi dalam tempoh lama atau memandu laju secara berterusan juga memberi tekanan berlebihan kepada enjin.
Tekanan ini akan menyebabkan suhu enjin meningkat dengan cepat seterusnya memaksa minyak enjin bekerja dalam keadaan ekstrem. Lama-kelamaan, minyak akan menjadi lebih cepat menipis dan susut.
Keadaan ini akan meningkatkan kadar penggunaannya berbanding pemanduan yang lebih tenang dan terkawal. Selain itu, pemanduan agresif yang dilakukan secara kerap boleh mempercepatkan kehausan komponen dalaman enjin dan memburukkan lagi masalah penggunaan minyak.
5. Penyelenggaraan enjin yang tidak berkala
Antara lain, penyelenggaraan enjin yang tidak konsisten termasuk penukaran minyak enjin yang lewat dan penggunaan penapis minyak yang sudah tersumbat boleh menyebabkan minyak menjadi kotor dan tercemar.
Minyak yang sudah lama digunakan akan kehilangan sifat pelinciran dan tidak lagi mampu melindungi komponen enjin dengan berkesan. Keadaan ini akan meningkatkan geseran dalaman dan suhu enjin.
Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan enjin memakan minyak dengan lebih banyak daripada biasa. Dalam jangka masa yang panjang, pengabaian penyelenggaraan asas ini boleh membawa kepada kerosakan enjin yang lebih serius dan mahal untuk dibaiki.
6. Masalah sistem PCV (Positive Crankcase Ventilation)
Sistem PCV berfungsi untuk mengawal tekanan gas dalam enjin. Namun apabila injap PCV tersumbat atau rosak, tekanan dalaman enjin akan meningkat secara tidak normal.
Tekanan ini akan menolak minyak enjin masuk ke dalam sistem pembakaran tanpa disedari oleh pemandu.
Walaupun masalah ini jarang disedari pada peringkat awal kerana simptomnya agak halus, kesannya jelas apabila paras minyak semakin cepat berkurang dan prestasi enjin mula terjejas.
Pemeriksaan berkala sistem PCV boleh membantu mengesan masalah ini lebih awal sebelum ia menjejaskan enjin dengan lebih teruk.
7. Tekanan angin tayar tidak sesuai
Di samping itu juga, tekanan angin tayar yang terlalu rendah atau tidak seimbang antara tayar hadapan dan belakang akan menyebabkan rintangan gulungan meningkat.
Keadaan ini memaksa enjin bekerja lebih keras untuk menggerakkan kenderaan. Terutamanya ketika pemanduan jarak jauh atau di kawasan berbukit.
Apabila beban kerja enjin meningkat, penggunaan minyak enjin turut meningkat secara tidak langsung walaupun perubahan ini tidak begitu ketara kepada pemandu.
Mengekalkan tekanan tayar pada paras yang disyorkan bukan sahaja menjimatkan minyak enjin malah dapat membantu meningkatkan kecekapan bahan api dan kestabilan pemanduan.
8. Penapis udara kotor atau tersumbat
Penapis udara yang kotor juga akan menghalang kemasukan udara bersih ke dalam enjin lalu menjejaskan nisbah campuran udara dan bahan api.
Pembakaran yang tidak sempurna ini akan menyebabkan enjin bekerja dalam keadaan tidak efisien dan menghasilkan lebih haba daripada biasa.
Suhu enjin yang tinggi ini akan memberikan tekanan tambahan kepada minyak enjin, mempercepatkan degradasi dan menyebabkan minyak cepat habis.
Oleh itu, penukaran penapis udara secara berkala dapat membantu enjin beroperasi dengan lebih lancar dan mengurangkan tekanan ke atas minyak enjin.
9. Menekan pedal minyak secara berlebihan
Tabiat menekan pedal minyak lebih daripada keperluan sebenar sama ada ketika memecut, memotong kenderaan lain atau memandu dalam keadaan tergesa-gesa juga akan meningkatkan beban kerja enjin secara mendadak.
Enjin yang sering dipaksa bekerja pada tahap maksimum akan menghasilkan lebih haba dan tekanan dalaman. Ia akan menyebabkan minyak enjin menipis dengan cepat dan digunakan dalam kuantiti yang lebih tinggi.
Amalan pemanduan yang lebih berhemah dan terkawal dapat membantu mengekalkan prestasi enjin serta mengurangkan penggunaan minyak enjin secara keseluruhan.
10. Penggunaan penghawa dingin pada tahap maksimum
Penggunaan penghawa dingin pada tahap maksimum secara berterusan khususnya ketika cuaca panas atau dalam kesesakan lalu lintas akan menambah beban kepada enjin.
Ini kerana kompresor air-cond memerlukan tenaga tambahan. Beban ini akan meningkatkan suhu operasi enjin dan memaksa minyak enjin bekerja dengan lebih keras.
Dalam jangka masa yang panjang, keadaan ini mempercepatkan degradasi minyak dan menyumbang kepada masalah minyak kereta cepat habis. Penggunaan air-cond secara sederhana dan bijak boleh membantu mengurangkan tekanan enjin serta memanjangkan jangka hayat minyak enjin.
Secara keseluruhannya, minyak kereta yang cepat habis bukanlah perkara biasa yang boleh dipandang ringan. Sebaliknya ia merupakan petanda awal kepada gabungan masalah teknikal dan tabiat pemanduan yang perlu diperbetulkan.
Dengan pemeriksaan berkala, penggunaan minyak enjin yang betul, penyelenggaraan konsisten serta gaya pemanduan yang lebih berhemah, masalah ini boleh dikurangkan dan prestasi enjin dapat dikekalkan dalam keadaan terbaik untuk jangka masa panjang.
Sumber : Olympia Subaru, Daihatsu
BACA : Cara Bersih Kulat Degil Di Rumah Hanya Guna Cuka
The post Kenapa Minyak Kereta Cepat Habis? Ini Punca Ramai Tak Sedar appeared first on Siakap Keli.



