“Kenapa Nak Koyak Pula” – Saiful Apek Tampil Bersuara Isu Podcast Melibatkan Anggota Sepah

LocalEntertainment
16 Aug 2024 • 5:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Saiful Apek Sepah

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Jep Sepah yang memberi kenyataan seakan tidak berpuas hati apabila Shuib dan Mamat Sepah memetik namanya dalam satu podcast.

Terbaru! Menurut laporan mStar, pelawak Saiful Apek tampil memberi pandangan dan meminta mereka untuk menyelesaikan isu itu dengan baik dan tidak jadikan media sosial sebagai perantaraan.

Bagi saya setakat cerita perkara lepas mengenai zaman muda itu biasa dekat Podcast, sebab itu memang caranya untuk naikkan jumlah tontonan, kenapa nak ‘koyak’ pula.

Saya tak berpihak mana-mana pihak tapi dunia sekarang sudah berubah, mereka ni public figure jadi nak gaduh tu tengok-tengok la orang lama, kumpulan Senario tak pernah bergaduh di media sosial sebab semuanya kami selesaikan diluar.

Bukan tu jer, Saiful Apek juga akui terasa dengan mereka kerana seakan-akan tidak menghormati dirinya sebagai ‘orang lama’ dalam industri berkenaan.

Bila saya tengok mereka bergaduh tu aduh hati saya sangat terguris sebab kenapa mereka buat macam ni, Senario pun tak pernah buat macam ni, kalau boleh belajar minta maaf dan memaafkan lagi bagus selesai cara luar.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved