Kenapa Sign Board IPOH Besar & Banyak? Ini Penjelasannya [Video]

LocalTravel
28 May 2025 • 10:22 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi anda yang kerap melakukan perjalanan dari selatan ke utara menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, pasti pernah perasan satu fenomena yang agak luar biasa apabila menghampiri kawasan Ipoh.about:blank

Sepanjang beberapa kilometer sebelum Tol Ipoh Selatan, mata anda akan disajikan dengan papan tanda yang berulang-ulang menunjukkan satu perkataan besar iaitu “IPOH”.

Bukan sekadar tulisan pada papan arah biasa, malah ada juga binaan huruf gergasi berwarna putih yang berdiri megah menghadap laluan utama. Persoalannya, mengapa banyak sangat papan tanda sebegitu hanya untuk satu nama bandar?

Bukan Sekadar Bangga Nama Bandar, Tapi Nak Elak “Kejung Kaki”

Ramai menyangka signboard berlebihan ini sekadar untuk tujuan promosi pelancongan atau mahu menonjolkan bandar Ipoh sebagai destinasi ikonik di Perak. Namun hakikatnya, terdapat sebab praktikal di sebalik semua itu.

Difahamkan, tujuan papan tanda yang berulang-ulang ini adalah untuk memberi amaran jelas kepada pemandu agar tidak terlepas keluar di Plaza Tol Ipoh Selatan.

Susur keluar tersebut terletak di lorong kiri jalan dua hala dan boleh terlepas pandang jika pemandu tidak fokus.

Tambahan pula, susur keluar itu tidak mempunyai lorong khas yang luas seperti persimpangan besar lain, menjadikan ia lebih mudah terlepas terutama ketika kenderaan sedang laju atau cuaca tidak baik.

Tonton video penuh [DI SINI].

Apa Bakal Berlaku Jika Terlepas Keluar Exit Tol Ipoh Selatan?

Menurut perkongsian pengguna lebuh raya, anda tiada pilihan lain selain meneruskan perjalanan sejauh 40 kilometer lagi sehingga ke exit Kuala Kangsar.

Itulah satu-satunya lokasi untuk membuat pusingan-U secara sah. Selepas itu, anda perlu memandu hampir 30 kilometer semula untuk kembali ke Ipoh.

Secara keseluruhan, perjalanan akan bertambah sekitar sejam, bergantung kepada trafik dan keadaan jalan.

Tidak cukup dengan itu, jika anda berharap untuk berhenti rehat dalam masa terdekat selepas terlepas simpang, lokasi paling hampir hanyalah di R&R Sungai Perak.

Bagi yang membawa anak kecil atau sudah kepenatan, situasi ini tentunya sangat menyusahkan.

image is not available
Sumber: Google Maps

Jangan Kome Gostan Bila Dah Sampai Menora

Perlu diingatkan bahawa laluan selepas terlepas exit Ipoh Selatan bukanlah tenang-tenang belaka.

Terowong Menora yang terletak kira-kira 20 kilometer selepas Tol Ipoh Selatan memang terkenal dengan kesesakan, terutamanya waktu puncak, musim perayaan dan cuti sekolah.

Jalan berbukit, selekoh tajam, dan kenderaan berat menjadikan laluan ini mudah perlahan. Sekali dah masuk terowong, memang tiada ruang untuk berhenti atau buat pusingan semula.

Jadi kalau terlepas, tolonglah jangan cuba-cuba nak reverse, undur atau buat aksi-aksi berbahaya. Bukan saja boleh membahayakan diri, tapi juga pengguna jalan raya lain.

Terowong Menora & Terowong Meru, Dua Nama Tapi Satu Laluan

image is not available
Sumber: MalayMail

Satu fakta menarik yang ramai tak tahu, terowong yang melalui Banjaran Keledang ini sebenarnya ada dua nama berbeza ikut arah perjalanan.

Jika anda dari arah selatan menghala ke utara, terowong itu dikenali sebagai Terowong Menora. Tapi jika anda dari arah utara menghala ke selatan, anda sebenarnya melalui Terowong Meru.

Walaupun kedua-duanya adalah terowong selari, struktur, sudut cerun dan panjangnya sedikit berbeza. Terowong Menora lebih pendek, manakala Terowong Meru sedikit lebih panjang.

Nama yang berbeza ini juga digunakan untuk tujuan logistik dan pengurusan lebuh raya.

Signboard IPOH Bukan Sekadar Gah, Tapi Penting

Papan tanda besar bertulis “IPOH” yang anda lihat bukanlah sekadar elemen hiasan atau promosi bandar. Ia sebenarnya sangat penting untuk membantu pemandu bersedia keluar simpang tepat pada masanya.

Satu detik terlepas pandang boleh menyebabkan sejam masa anda terbazir, tambahan pula dengan laluan berbukit dan sesak seperti Menora. Maka tidak hairanlah signboard IPOH diletakkan berulang-ulang agar tiada siapa yang terlepas.

Lain kali bila nampak huruf IPOH terpampang besar depan mata, jangan anggap ia sekadar hiasan. Itu sebenarnya mesej terakhir sebelum anda terlepas simpang dan terperangkap dalam perjalanan yang lebih panjang.