Kenderaan milik warga palestin dibakar pelampau israel

29 May 2023 • 4:05 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Pelampau israel membakar kenderaan dan tanaman Palestin di antara perkampungan Turmus Ayya dan Al-Mughyyir, timur laut bandar Ramallah, Tebing Barat yang dijajah.

Sumber tempatan melaporkan pencerobohan pelampau israel itu dari penempatan haram Adei Ad ke atas rakyat Palestin selepas membakar kenderaan dan tanaman di kedua-dua kampung Palestin.

image is not available

image is not available

Sekurang-kurangnya lima kenderaan dan sekitar 270 bal jerami dibakar oleh pelampau israel di kawasan yang terletak antara perkampungan al-Mughayyir dan Turmus Ayya di sebelah timur Ramallah.

Seorang pemuda Palestin juga mengalami kecederaan di kepala selepas ditembak, dan empat yang lain turut cedera apabila pelampau israel membaling batu ke arah penduduk Palestin di Turmus Ayya.

image is not available
Kredit Foto Twitter Times of Gaza

Sementara itu, pelampau israel menyerang petani Palestin dan menghalang mereka daripada membajak ladang mereka sendiri di kampung Sanjal, utara Ramallah.

Perkampungan Al-Mughyyir telah ditutup ketat oleh israel selama 15 hari berturut-turut, memaksa penduduk mengambil laluan yang panjang dan sukar untuk sampai ke tempat kerja mereka.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia