Kenderaan terlanggar pesawat penumpang di Lapangan Terbang Fukuoka

14 Sep 2026 • 5:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kenderaan terlanggar pesawat penumpang di Lapangan Terbang Fukuoka

TOKYO -Sebuah kenderaan berlanggar dengan pesawat penumpang yang diparkir di Lapangan Terbang Fukuoka di barat daya Jepun pada Isnin, tanpa kecederaan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Insiden berlaku sejurus selepas 10 pagi waktu tempatan apabila sebuah kenderaan yang dilengkapi tangga untuk penumpang menaiki pesawat melanggar pesawat penumpang All Nippon Airways (ANA) yang diparkir di lapangan terbang itu, lapor penyiar awam NHK yang memetik syarikat pengendali lapangan terbang dan ANA.

Kenderaan itu cuba melalui bahagian belakang pesawat berkenaan apabila ia berlanggar dengan pesawat itu berhampiran bahagian ekornya. Penumpang sudah menaiki pesawat yang sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido, namun penerbangan itu dibatalkan susulan insiden berkenaan dan pengaturan dibuat untuk memindahkan penumpang ke penerbangan lain, menurut laporan itu.

Menurut syarikat pengendali lapangan terbang, tiada penerbangan lain terjejas. – Bernama

The post Kenderaan terlanggar pesawat penumpang di Lapangan Terbang Fukuoka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved