[VIDEO] Jenazah Dr. Ainul dibawa pulang dengan pesawat TUDM

13 Sep 2026 • 11:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Jenazah Dr. Ainul dibawa pulang dengan pesawat TUDM

PETALING JAYA – Jenazah Dr. Ainul Baraah Kamarudin yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak dibawa pulang ke Kelantan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pagi ini.

Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, sebuah pesawat pengangkut C-130H Hercules TUDM dilihat berada di Lapangan Terbang Miri bagi membawa jenazah Allahyarham bersama ahli keluarganya pulang ke negeri kelahiran.

Satu hantaran pengguna Threads, @abokigau memaklumkan pesawat khas berkenaan telah berlepas dari Miri pagi tadi.

“Penerbangan khas dari TUDM membawa jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul baru berlepas dari Lapangan Terbang Miri. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Rakaman lain yang dikongsikan di TikTok turut memperlihatkan keranda jenazah Allahyarham ditempatkan di dalam pesawat berkenaan sebelum penerbangan menuju ke Pengkalan Chepa, Kelantan.

Turut kelihatan ibu bapa, ahli keluarga serta beberapa individu mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.

Terdahulu, Dr. Ainul merupakan antara individu yang berada di dalam helikopter yang terbabit dalam nahas ketika menjalankan tugasan perubatan di Sarawak.

Nahas berkenaan turut melibatkan Kapten Zainol Afiq selaku juruterbang, Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.- KOSMO! ONLINE

@nureezpauziDoakan kami selamat sampai ke Pengkalan Chepa, Kelantan.

♬ Conquest of Paradise – Origen

The post [VIDEO] Jenazah Dr. Ainul dibawa pulang dengan pesawat TUDM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved