Kenyataan Lotus's Malaysia Berhubung Insiden Stor Selayang

14 Jul 2026 • 5:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kenyataan Lotus's Malaysia Berhubung Insiden Stor Selayang

Kenyataan Lotus's Malaysia Berhubung Insiden Stor Selayang

Lotus's Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan yang terlibat dalam insiden di stor Selayang selepas siasatan dalaman mendapati cara kejadian itu dikendalikan tidak memenuhi standard layanan dan perkhidmatan yang ditetapkan syarikat.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, syarikat itu memaklumkan siasatan berhubung insiden berkenaan telah selesai dijalankan.

Menurut Lotus's Malaysia, hasil siasatan mendapati pengendalian insiden tersebut gagal memenuhi jangkaan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan syarikat serta standard yang telah ditetapkan.

Mohon maaf kepada pelanggan dan keluarga

Lotus's Malaysia turut memohon maaf kepada pelanggan terbabit, isterinya serta ahli keluarga mereka atas pengalaman yang dilalui ketika membeli-belah di premis berkenaan.

Syarikat itu mengakui tiada pelanggan sepatutnya berdepan situasi sedemikian dan menyatakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku.

Malah, pihaknya memaklumkan telah menghubungi keluarga pelanggan tersebut secara langsung dan komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka.

Tindakan tatatertib dan penambahbaikan dilaksanakan

Dalam pada itu, Lotus's Malaysia berkata tindakan tatatertib yang sewajarnya telah diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut dasar dalaman syarikat.

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperkukuh garis panduan, prosedur serta latihan kepada semua kakitangan bagi memastikan standard perkhidmatan terus dipatuhi dan mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Pada masa sama, Lotus's Malaysia menghargai peluang untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap insiden tersebut dan mengakui memahami perhatian serta pandangan orang ramai mengenainya.

Baca juga:

Bagaimanapun, syarikat itu melahirkan rasa kesal terhadap laporan gangguan peribadi dan ugutan secara dalam talian yang didakwa ditujukan kepada kakitangannya serta ahli keluarga mereka susulan insiden berkenaan.

Sehubungan itu, Lotus's Malaysia menyeru semua pihak supaya menghormati privasi, kesejahteraan dan maruah setiap individu yang terlibat serta membenarkan perkara itu diselesaikan dengan penuh persefahaman dan ihsan.

Menurut syarikat itu, insiden berkenaan menjadi peringatan tentang kepentingan melayan setiap pelanggan dengan empati, hormat dan bermaruah.

Lotus's Malaysia turut menegaskan komitmennya untuk mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, terus menambah baik mutu perkhidmatan serta berusaha mengekalkan kepercayaan pelanggan.

Image from: Kenyataan Lotus's Malaysia Berhubung Insiden Stor Selayang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved