Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @amalinaomar mencuri perhatian selepas berkongsi semula pengalaman pahit yang didakwa berlaku ketika dia terlibat dalam sebuah perniagaan sebagai ejen.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan beberapa kotak barangan yang dipercayai terjejas akibat kebakaran. Kotak berkenaan turut kelihatan memaparkan produk inai jenama yang pernah diusahakan pasangan selebriti terkenal.

Menurut wanita tersebut, dia kini sudah reda dengan kerugian yang dialami, namun masih tidak melupakan layanan yang didakwa diterimanya daripada pihak pengurusan.
Cuma aku tak pernah lupa permulaan penganiayaan aku bagaimana,
Tapi Allah dah bagi ganti berkali kali ganda daripada apa yang aku rugi ni. Alhamdulillah, aku dapat geran bisnes 2 kali ganda daripada modal aku yang hangus terbakar ni.
Memang masa aku down dgn benda ni, dgn penganiayaan dari hq, aku doa sungguh2. Sesungguh2 aku doa, minta Allah balas semua ni. ‘Dia’ mungkin xdpt balasan atas dunia, tp akhirat nanti Allahu’alam.
Kepada hajjah & team inai, aku redha rezeki aku dgn korang macam ni, tapi aku tak pernah maafkan penganiayaan ni ”
Di ruangan komen, seorang pengguna lain turut mendakwa pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menjadi ‘dropship’ produk berkenaan.

Membalas komen tersebut, pemilik hantaran berkata pengalaman seperti itu perlu dikongsikan sebagai kesedaran kepada individu yang baru mahu menceburi bidang ejen atau dropship.

Mmg kena bg awareness kt org2 lain supaya org lain x terkena. Ni nk keluar balik susu pisang, mmg sy harap sgt org2 yg baru nk belajar buat agen/dropship ni tak ambil pakej dia.
Bagaimanapun, wanita tersebut tidak memperincikan bentuk penganiayaan yang didakwa berlaku dan dakwaan berkenaan belum dapat disahkan secara bebas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

MB Johor Keluar Kenyataan Isu 'Network School' Di Forest City Oleh Pempengaruh Warga Isra*el
The post “Kepada Hajjah Dan Team, Aku Tak Akan Pernah Maafkan..” – Individu Dakwa Pernah Dianiaya Ketika Sertai Ejen Selebriti Terkenal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





