Wanita Dakwa Dianiaya Ketika Jadi Ejen Produk Selebriti Terkenal

LocalBusiness & Finance
14 Jul 2026 • 2:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu lama membabitkan seorang bekas ejen produk inai kembali menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads berkongsi semula pengalaman pahit yang pernah dilaluinya.

Dalam hantaran itu, dia memuat naik gambar beberapa kotak produk inai yang kelihatan rosak dan terbakar. Walaupun sudah reda dengan kerugian tersebut, wanita itu mengakui masih belum melupakan apa yang didakwa sebagai penganiayaan daripada pihak HQ.

Reda modal hangus terbakar tapi terkilan dianiaya selebriti terkenal

Image from: Wanita Dakwa Dianiaya Ketika Jadi Ejen Produk Selebriti Terkenal

Menerusi perkongsian berkenaan, wanita itu berkata dia sudah reda dengan apa yang berlaku. Namun, katanya, permulaan kepada kejadian yang dianggap sebagai penganiayaan itu masih kekal dalam ingatan.

Aku redha dah. Cuma aku tak pernah lupa permulaan penganiayaan aku bagaimana, Tapi Allah dah bagi ganti berkali kali ganda daripada apa yang aku rugi ni.

Alhamdulillah, aku dapat geran bisnes 2 kali ganda daripada modal aku yang hangus terbakar ni.- Katanya.

Ramai kongsi pengalaman yang lebih kurang sama

Image from: Wanita Dakwa Dianiaya Ketika Jadi Ejen Produk Selebriti Terkenal

Dalam hantaran sama, wanita itu mendakwa pernah berada dalam keadaan sangat tertekan disebabkan isu tersebut. Katanya, ketika itu dia banyak berdoa supaya segala yang berlaku mendapat balasan sewajarnya.

Memang masa aku down dengan benda ni, dengan penganiayaan dari hq, aku doa sungguh-sungguh.

Sesungguh-sungguh aku doa, minta Allah balas semua ni. ‘Dia’ mungkin tak dapat balasan atas dunia, tapi akhirat nanti Allahu’alam.- Katanya.

Perkongsian itu kemudian mencuri perhatian ramai apabila meraih ratusan reaksi dan komen. Ada juga pengguna lain mendakwa pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menjadi dropship produk berkenaan.

Nota Oh! Media:
Dalam bisnes, terutama bila melibatkan ejen dan dropship, korang kena semak betul-betul terma, risiko dan siapa pihak yang korang berurusan. Jangan sebab nampak peluang cepat untung, akhirnya modal sendiri yang jadi korban.

Sumber: Threads
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Wanita Dakwa Dianiaya Ketika Jadi Ejen Produk Selebriti Terkenal appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved