Kepada Pencinta Donut, Brobites Kini Buka Cawangan Baru Di Aiman Mall

18 May 2023 • 7:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dengar cerita, donut ini sangat havoc di Kuching!

Kepada Pencinta Donut, Brobites Kini Buka Cawangan Baru Di Aiman Mall. Hawa nafsu craving ini memang sukar dijangka. Apatah lagi jika tekak anda inginkan makanan manis, berlemak dan gebu.

Donut merupakan salah satu hidangan yang sesuai dijadikan kudapan minum petang sambil berborak santai. Lagi padu kalau dimakan bersama teh ais madu atau secawan kopi panas.

image is not available
Kepada Pencinta Donut, Brobites Kini Buka Cawangan Baru Di Aiman Mall

Kini Brobites buka cawangan baru di Samarahan!

Bagi para pencinta donut di kawasan Samarahan, ada berita baik untuk anda! Kedai donut popular, Brobites, kini telah dibuka di Aiman Mall Samarahan. Dengan pelbagai pilihan jenis donut yang boleh dipilih, pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Brobites telah lama dikenali sebagai kedai yang menyediakan donut yang sangat enak di Matang Kuching dan ia menjadi kegemaran ramai orang di seluruh negara. Dengan pembukaan kedai di Aiman Mall Samarahan, ramai penggemar Brobites di kawasan ini boleh menikmati lebih mudah tanpa perlu pergi jauh-jauh lagi.

image is not available

Donut di Brobites pastinya sangat lembut dan gebu

Jika anda penggemar donut dengan portion yang banyak (cantik juga), anda boleh cuba donut oleh BroBites ini. Donut yang dijual di sini ialah donut mini yang disaluti dengan pelbagai pilihan topping yang menyelerakan seperti coklat, keju, vanila, coklat, karamel dan banyak lagi!

Dibuat dengan bahan-bahan yang berkualiti dan segar, donut di Brobites pastinya sangat lembut dan gebu. Ia pastinya sangat enak dimakan bersama-sama dengan teh atau kopi. Anda juga boleh mendapatkan kebaikan dalam pembelian pek donut untuk diambil pulang atau untuk dihidangkan semasa majlis atau acara.

image is not available

Lokasi: Stall di Makan Sari Aiman Mall Samarahan
Waktu beroperasi: Setiap hari kecuali Selasa ( 11.00am – 10.00 pm )
Nombor telefon: http://www.wasap.my/+60146742568

Lagi artikel tempat makan menarik, anda boleh baca pautan di bawah: