Pelakon Norman Hakim mencuri perhatian apabila memuat naik satu perkongsian berbentuk doa di media sosial yang dipercayai menyentuh mengenai ujian serta kecaman yang sedang dihadapinya bersama keluarga. Perkongsian itu hadir ketika namanya kembali menjadi perhatian susulan kemelut melibatkan bekas isterinya, Abby Abadi.
Menerusi hantaran di Instagram, Norman meluahkan rasa syukur atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, sambil memohon agar dirinya tidak lalai atau menjadi sombong dengan kesenangan yang dimiliki.
View this post on Instagram
Dalam doa yang sama, Norman turut memohon agar dirinya, keluarga dan rezeki yang diamanahkan sentiasa dipelihara daripada sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah serta segala bentuk keburukan.
Selain itu, pelakon berusia 49 tahun itu turut menyentuh mengenai individu yang didakwanya memfitnah, mencaci atau menzalimi mereka tanpa kebenaran.
Pada masa sama, Norman menegaskan dia sentiasa terbuka menerima teguran sekiranya melakukan kesilapan, namun berharap segala urusan diserahkan kepada keadilan Allah SWT.
“Jika mereka benar, tunjukkanlah kami kebenaran dan perbaikilah kami. Namun jika kami dizalimi, maka cukuplah Engkau sebagai Pembela kami.
“Jangan biarkan hati kami dipenuhi dendam, tetapi penuhilah ia dengan sabar, reda dan keyakinan bahawa setiap ketetapanMu adalah yang terbaik,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mendoakan agar segala kemelut yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik dan semua pihak diberikan ketenangan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Mana Ada Gaduh Dengan Marissa Tapi Tuju Dekat..." - Abby Abadi Nafi Bermasam Muka, Dah Keluar Makan Bersama
The post “Kepada Penyebar Fitnah Terhadap Kami, Kepada Allah Kami Berserah ” – Norman Hakim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






