“Ada Orang Lepas Ambil Hak Orang… Biar ‘Dia’ Makin Gila…” – Rita Rudaini

Entertainment
9 Jul 2026 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu hantaran berbaur sindiran di platform Threads yang dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.

Menerusi perkongsian tersebut, Rita seolah-olah menyindir pihak yang membenci dirinya dan anak-anak dengan meminta mereka terus mengikuti perkembangan kehidupan mereka setiap hari.

Advertisement

Rita Rudaini

“Tuhan, jika ada orang melihatku dan anak-anakku dengan sejuta kebencian, maka buatlah dia melihatku setiap hari, biar dia makin gilaaa,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Rita turut berkongsi satu lagi sindiran mengenai individu yang didakwa mengambil hak orang lain tetapi hidup dalam rasa bersalah.

“Nak tanya kenapa ada orang lepas ambil hak orang, hidup dia jadi macam cerita seram. Bunyi pintu pun terkejut.

“Relax, yang kejar tu bukan hantu, cuma rasa bersalah sendiri sampai mati,” tambahnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya di ruangan komen. Rata-rata netizen turut mengaitkan hantaran tersebut dengan beberapa isu yang pernah melibatkan pelakon berkenaan.

View this post on Instagram

Terdahulu, Rita turut menjadi perhatian selepas memberi reaksi terhadap jawapan spontan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang tular apabila ditanya mengenai bapanya.

Menerusi Threads, Rita mengakui dia tidak dapat menahan ketawa melihat komen yang ditinggalkan Airit Rayyan, namun menegaskan dia tidak pernah mengajar anaknya untuk memberikan jawapan sedemikian.

“Allahu. Tapi slay anak mommy. Izinkan saya gelak guling-guling. Sorry, saya tak ajar tau,” tulisnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Ada Orang Lepas Ambil Hak Orang… Biar ‘Dia’ Makin Gila…” – Rita Rudaini2026-07-08 11:04:43

Netizen Petik Nama Aidil Zafuan, Respon Anak Rita Rudaini Curi Tumpuan - "Siapa Tu, Tak Kenal?"

The post “Ada Orang Lepas Ambil Hak Orang… Biar ‘Dia’ Makin Gila…” – Rita Rudaini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved