Kepelbagaian bukan pemisah! Ramanan tersentuh kehadiran PM Anwar sempena Deepavali

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 3:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan meluahkan rasa terharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih kediaman keluarganya sebagai destinasi pertama kunjungan rumah terbuka sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Menurut Ramanan, kehadiran Anwar pada hari pertama Pesta Cahaya itu merupakan satu penghormatan besar buat beliau sekeluarga, lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri sanggup meluangkan masa di sebalik kesibukan menguruskan hal ehwal negara.

“Satu penghormatan besar buat saya sekeluarga apabila YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memilih untuk memulakan kunjungan sempena sambutan Deepavali tahun ini di kediaman kami,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

May be an image of one or more people

Kunjungan tersebut turut disertai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta beberapa anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh serta Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin.

May be an image of one or more people, wedding and dais

Ramanan berkata, sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan itu mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau turut menyifatkan kehadiran pemimpin daripada pelbagai latar belakang sebagai lambang semangat ‘Otrumai’ MADANI yang mengangkat kepelbagaian sebagai kekuatan negara.

“Inilah Malaysia yang kita banggakan. Kepelbagaian bukan pemisah, sebaliknya kekuatan yang menyatukan kita,” katanya.

May be an image of one or more people

Dalam pada itu, Ramanan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan semua tetamu yang hadir kerana menjadikan sambutan Deepavali kali ini lebih istimewa serta meninggalkan kenangan bermakna buat keluarganya.

Beliau turut berharap agar semangat perayaan tersebut terus membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: FB Ramanan Ramakrishnan Official Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved