Keputusan 1QFY24 Kumpulan Perangsang Selangor mengecewakan, permintaan lemah kos pula tinggi - Kenanga Research

Business & Finance
4 Jun 2024 • 12:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Keputusan 1QFY24 Kumpulan Perangsang Selangor mengecewakan, permintaan lemah kos pula tinggi - Kenanga Research

herman

04/06/2024 - 12:35

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kenanga Research menyifatkan keputusan Kewangan Kumpulang Perangsang Selangor (KPS) bagi suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24) sebagai mengecewakan.

Menurut firma penyelidikan itu, kerugian bersih teras KPS bagi 1QFY24 telah melebar secara signifikan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya disebabkan oleh pesanan yang lesu di tengah-tengah permintaan global yang lemah untuk produk elektronik pengguna.

"Keputusan 1QFY24 mengecewakan dengan kerugian bersih teras sebanyak RM10 juta, berbanding dengan jangkaan keuntungan bersih sepanjang tahun sebanyak RM21 juta dan anggaran keuntungan bersih sepanjang tahun sebanyak RM20 juta.

"Keadaan ini diperparahkan dengan ketidakmampuannya untuk mencari pengganti selepas kehilangan pelanggan T baru-baru ini," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kenanga Research dalam pada itu menurunkan ramalan pendapatan KPS bagi FY24-25F KPS masing-masing sebanyak 50% dan 5% untuk mencerminkan permintaan yang lemah dan kos yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, firma penyelidikan itu mengekalkan harga sasaran (TP) KPS sebanyak 45 sen sesaham dan mengekalkan penilaian 'Underperform'.

image is not available

"Penggunaan purata kilang KPS hanya berada pada kira-kira 45% pada masa kini, jauh di bawah tahap optimumnya sebanyak 70%.

"Kami percaya bahawa situasi ini mungkin tidak akan berubah secara signifikan dalam jangka masa terdekat susulan permintaan yang lesu untuk produk elektronik pengguna secara global.

"Tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa KPS hampir mendapat pengganti selepas kehilangan Pelanggan T," jelasnya sambil menambah kenaikan kos buruh dan tenaga tidak membantu situasi ini.

Dalam pada itu, Kenanga Research percaya terdapat peluang yang lebih realistik untuk KPS melihat peningkatan pesanan menjelang bahagian akhir tahun, yang disokong oleh pengisian semula stok dan pelancaran produk baru oleh pelanggannya.

"Sementara itu, pengilang komponen logam yang baru diperolehnya, MDS Advance Sdn Bhd (MDS), akan menambah tawaran produk bermargin tinggi ke dalam portofolio produknya," ujarnya.- DagangNews.com