Keputusan kemasukan Universiti Awam lepasan STPM/Setaraf diumum Jumaat

3 Sep 2025 • 7:52 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf untuk Sesi Akademik 2025/2026 akan diumumkan Jumaat ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, semakan boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari pada hari tersebut sehingga 14 September, jam 5 petang melalui pautan https://upu.mohe.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan sama ada setuju terima atau menolak tawaran mulai 6 hingga 14 September di laman web UA masing-masing.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai 6 September selepas pengesahan dibuat.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari iaitu dari 5 September, jam 12 tengah hari sehingga 14 September, jam 5 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved