Keputusan SMPC ke IPTA diputuskan Kabinet

LocalPolitics
15 May 2026 • 2:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Keputusan SMPC ke IPTA diputuskan Kabinet

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diputuskan Kabinet.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pelajar, tanpa mengira aliran sekolah, mesti memenuhi syarat asas, iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keputusan Kabinet (SMPC/UEC) dengan syarat Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM lulus. Jadi, kita bagi ruanglah, walaupun mungkin dengan beberapa kursus dulu, kerana dahulu hal ini tidak dipersetujui. Sekarang, bila sekolah Cina diterima, jadi kita pun terima baik. 

“Ini bukannya terpakai kepada UEC. (sahaja, tetapi) sekolah Arab, menengah, tahfiz dan sebagainya, semua syarat sama, termasuk sekolah antarabangsa melibatkan pelajar Malaysia. Cuma ada beberapa perincian yang sedang kita bincangkan…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara 2026, di sini hari ini. 

Semalam, kerajaan dilaporkan bersetuju dengan beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan daripada luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA di negara ini. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ke IPTA.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata isu membabitkan kerakyatan pemain warisan perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri mengikut proses ditetapkan sebelum sebarang keputusan dibuat. - 15 Mei, 2026

The post Keputusan SMPC ke IPTA diputuskan Kabinet appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved