Keputusan UMNO, BN Pertahan Mandat Negeri Bukan Pengkhianatan Kepada Kerajaan Persekutuan

LocalPolitics
10 Jun 2026 • 11:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Keputusan UMNO, BN Pertahan Mandat Negeri Bukan Pengkhianatan Kepada Kerajaan Persekutuan

Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.

Perkara tersebut menjadi salah satu isu yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Menurutnya, UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, sehingga Pilihan Raya.

Baca juga:

"Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan.

"Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri.

Image from: Keputusan UMNO, BN Pertahan Mandat Negeri Bukan Pengkhianatan Kepada Kerajaan Persekutuan
Kredit Gambar: Bernama

"UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

Tambahnya lagi, UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat.

"Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan," katanya lagi.