Kerabat Diraja Terengganu Saman 2 Institusi Kewangan, Tuntut RM1.985 Juta

LocalBusiness & Finance
13 Oct 2026 • 2:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kerabat Diraja Terengganu Saman 2 Institusi Kewangan, Tuntut RM1.985 Juta

KUALA TERENGGANU - Seorang kerabat diraja Terengganu memfailkan saman sivil terhadap dua institusi kewangan tempatan bagi menuntut semula RM1.985 juta yang didakwa dikeluarkan daripada akaun simpanan peribadinya tanpa kebenaran.

Tengku Ismail Tengku Ibrahim, 65, memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menerusi peguamnya, Alif Danial Ahmad Shahrulnizam dan Mohd Hazwan Hamidun daripada firma guaman Rafie & Co.

Menurut tuntutan tersebut, ahli perniagaan itu menuntut pemulangan wang berjumlah RM1,985,065, selain ganti rugi am, kos guaman dan faedah daripada kedua-dua defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Tengku Ismail mendakwa beliau menyedari kehilangan wang berkenaan pada Januari tahun ini selepas membuat semakan akaun di cawangan kedua-dua institusi kewangan terbabit.

Beliau mendakwa baki wang dalam akaunnya ketika itu hanya tinggal RM73 dalam satu akaun dan RM99 dalam akaun yang lain.

Semakan lanjut mendapati transaksi pengeluaran yang dipertikaikan itu dipercayai berlaku antara September hingga Disember tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, Tengku Ismail turut membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berkenaan di Balai Polis Kuala Terengganu pada 15 Januari lalu.

Beliau juga mendakwa tidak pernah menggunakan aplikasi perbankan dalam talian atau memberi kebenaran kepada mana-mana pihak ketiga untuk mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian, memindahkan wang daripada akaunnya atau meluluskan transaksi yang dipertikaikan itu.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan terkandung dalam saman sivil dan belum diputuskan oleh mahkamah. - Getaran, 13 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved