Kerajaan ambil langkah tegas tangani isu pelarian Myanmar, utamakan keselamatan rakyat Malaysia

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 11:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara dan kepentingan rakyat Malaysia akan terus menjadi keutamaan dalam menangani isu pelarian Myanmar yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Image from: Kerajaan ambil langkah tegas tangani isu pelarian Myanmar, utamakan keselamatan rakyat Malaysia

Foto: Astor Awani

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih menyeluruh dan tersusun bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan, termasuk melalui kerjasama dengan Myanmar untuk melaksanakan proses penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat.

Menurut beliau, langkah itu turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang, penyelarasan antara agensi berkaitan serta kerjasama dengan negara asal bagi memastikan pengurusan isu pelarian dapat dilaksanakan secara teratur.

Anwar menjelaskan, masalah pelarian Myanmar bukan perkara baharu, sebaliknya telah berlarutan sejak sekian lama sehingga memberi tekanan kepada negara dalam beberapa aspek.

“Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan.
“Insya-Allah, saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Image from: Kerajaan ambil langkah tegas tangani isu pelarian Myanmar, utamakan keselamatan rakyat Malaysia

Foto: Sinar Harian

Dalam usaha mencari penyelesaian, rundingan antara Malaysia dan Myanmar turut membuka laluan kepada penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar secara sukarela dan berperingkat.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,476 individu memulakan fasa pertama penghantaran pulang pada 29 September selepas melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.

Pelaksanaan fasa pertama itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengurus isu berkenaan secara lebih sistematik, selain memastikan proses penghantaran pulang dilakukan mengikut prosedur serta mengambil kira aspek keselamatan dan kemanusiaan.

Kerajaan sebelum ini turut menegaskan bahawa penyelesaian terhadap isu melibatkan warga Myanmar tidak boleh dilaksanakan secara unilateral, sebaliknya memerlukan kerjasama negara asal terutama dalam urusan penerimaan, dokumentasi dan penghantaran pulang.

Sumber: Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved