Langkah baharu sekatan ekonomi Iran diumumkan minggu depan

WorldBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 4:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Langkah baharu sekatan ekonomi Iran diumumkan minggu depan

WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent pada Khamis mengancam untuk mengenakan pengasingan ekonomi terhadap Iran seperti yang belum pernah disaksikan dunia sebelum ini.

Beliau menambah bahawa langkah-langkah baharu dijangka diumumkan minggu depan.

“Ia akan melibatkan gabungan pengasingan ekonomi, seperti yang belum pernah disaksikan dunia sebelum ini,” kata Bessent kepada rangkaian televisyen konservatif Newsmax.

Katanya, sekatan berterusan di Selat Hormuz akan menghalang apa sahaja yang  masuk atau keluar dari pelabuhan Iran.

“Nantikan pengumuman selanjutnya minggu depan,” katanya.

Bessent menggambarkan pendekatan dua serampang yang melibatkan tekanan kewangan dan sekatan fizikal terhadap pelabuhan.

Naib Presiden JD Vance sebelum ini berkata, keutamaan utama AS dalam perang dengan Iran adalah menurunkan harga minyak dan petrol untuk rakyat Amerika, manakala menghalang Teheran daripada memperoleh senjata nuklear kini menjadi keutamaan kedua.

Pendirian lebih tegas itu berbeza dengan kenyataan Bessent pada 4 Ogos lalu, ketika beliau memberitahu CNBC bahawa persetujuan dengan Teheran untuk membuka semula Selat Hormuz boleh dicapai dalam tempoh beberapa hari.

Kenyataan tersebut menyebabkan pasaran saham Wall Street meningkat manakala harga minyak menurun. – AFP

 

The post Langkah baharu sekatan ekonomi Iran diumumkan minggu depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved