Kerajaan Bangunkan Fiqh Mualaf, Rujukan Komprehensif Saudara Baharu

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 3:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Bangunkan Fiqh Mualaf, Rujukan Komprehensif Saudara Baharu

PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan membangunkan kerangka khusus Fiqh Mualaf sebagai garis panduan jelas untuk membimbing kehidupan golongan saudara baharu di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata pembangunan Fiqh Mualaf tersebut akan diterajui Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi agama dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

"Kerangka ini akan memberikan satu panduan, parameter dan dawabit kepada saudara-saudara mualaf kita dalam menjalani kehidupan yang selari dengan ajaran al-Quran dan sunnah.

"Barangkali inilah yang akan menjadi satu kerangka rujukan dan bimbingan kepada mualaf, yang juga boleh menjadi rujukan kepada semua pihak supaya kita dapat mewujudkan keharmonian di dalam negara kita," katanya pada kepada pemberita selepas Sidang Meja Bulat Dakwah Mualaf di sini hari ini.

Hadir sama Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.

Mengenai garis masa pelaksanaan, Zulkifli berkata kerajaan tidak mahu terburu-buru menetapkan tarikh akhir kerana penyediaan dokumen tersebut memerlukan penelitian terperinci bagi memastikan hasilnya kemas dan menyeluruh.

Beliau berkata kajian serta sesi libat urus akan dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek praktikal kehidupan mualaf termasuk isu perkahwinan, pernikahan, pendaftaran, sambutan perayaan agama, hubungan kekeluargaan serta budaya.

"Ini merupakan satu perkara yang sangat diperlukan supaya Fiqh Mualaf ini mewujudkan satu kerangka agar bukan hanya orang Islam memahaminya, malah masyarakat bukan Islam dan keluarga mualaf juga dapat memahaminya, sekali gus mewujudkan keharmonian yang kita dambakan," katanya.

Terdahulu, Zulkifli dalam ucapannya mencadangkan penganjuran sebuah konvensyen atau festival mualaf berskala besar bagi mengetengahkan kisah kejayaan saudara baharu kepada masyarakat.

Baca juga:

"Kita kena mengetengahkan mualaf yang berjaya ini untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada semua," katanya.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved