Terma rujukan pasukan khas siasat mafia korporat dibentang minggu depan

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 4:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Terma rujukan pasukan khas siasat mafia korporat dibentang minggu depan

PUTRAJAYA: Kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bahawa hasil siasatan berhubung dakwaan berkenaan akan didedahkan dalam tempoh tiga bulan selepas siasatan selesai.

“Perkara itu selaras dengan kenyataan Anwar ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Parlimen pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat.

Beliau berkata, Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh Peguam Negara telah ditubuhkan bagi menyelaraskan siasatan berhubung perkara tersebut.

Perdana Menteri turut memaklumkan, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sudah membekukan wang RM4.3 bilion dan 2.1 juta unit saham susulan siri siasatan jenayah ‘mafia korporat’, antara akhir 2022 hingga September lalu. – UTUSAN

The post Terma rujukan pasukan khas siasat mafia korporat dibentang minggu depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved