Kerajaan bincang kemungkinan F1 kembali ke Malaysia: Anwar

4 Oct 2026 • 6:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Kerajaan bincang kemungkinan F1 kembali ke Malaysia: Anwar

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang membincangkan kemungkinan perlumbaan Formula Satu (F1) kembali ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pengulas Sky Sports Martin Brundle, ketika beliau mengadakan tinjauan sebelum perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Saya menantikannya. Kami sedang berbincang,” katanya ringkas ketika ditanya kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan F1.

Anwar yang turut basah selepas litar tersebut dilanda hujan lebat sebelum perlumbaan memberitahu beliau teruja dengan kembalinya aksi F1 di Sepang.

“Oh ya. Lihatlah, saya basah, kuyup, tetapi teruja. Anda lihat, seluruh negara meraikannya,” katanya.

Dalam pada itu, dalam hantaran di Facebooknya, Anwar memberitahu beliau sempat mengadakan tinjauan di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket Madani, sambil menyantuni peminat F1 yang hadir.

“Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa Madani yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan menawarkan pelbagai makanan dan minuman, termasuk snek dan makanan ringan.

“Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita,’’ katanya.

Beliau turut merakamkan pnghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, sekali gus memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan. - 4 Oktober, 2026

The post Kerajaan bincang kemungkinan F1 kembali ke Malaysia: Anwar appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved