Kerajaan diminta cari penyelesaian masalah banjir di Segama

LocalPolitics
5 Feb 2025 • 3:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Adun Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi meminta kerajaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah banjir di Sabah, termasuk di Segama.

Mohamaddin berkata, masalah banjir di Segama ini telah beberapa kali beliau suarakan pada Persidangan DUN, namun sehingga kini belum ada penyelesaian.

Advertisement“Masalah banjir merupakan salah satu isu yang sering membimbangkan penduduk di kawasan Segama, khususnya apabila tiba musim tengkujuh.

“Ini bukan pertama kali beberapa kampung di Segama dilanda banjir, namun kali ini merupakan antara yang terburuk pernah dialami.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Justeru itu, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap isu ini dan mencari jalan penyelesaian agar rakyat tidak lagi khuatir dan menghadapi bahaya serta menanggung beban akibat kerosakan pasca banjir,” katanya.

Mohamaddin berkata, pihaknya turut membuat pemantauan ketika menyampaikan bantuan dari rumah ke rumah kepada mangsa banjir di Segama dan mendapati banyak rumah yang terjejas akibat bencana ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau mencadangkan, selain bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir, kerajaan juga disaran untuk memberi peruntukan tambahan bagi membantu rakyat terjejas banjir membaiki rumah mereka yang rosak akibat banjir.

“Solusi jangka panjang perlu dicari bagi menangani masalah banjir ini secara holistik agar ia tidak lagi membebankan rakyat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya telah menyampaikan cadangan berkaitan penyelesaian masalah ini dan berharap agar ia dapat diambil maklum bagi mendapatkan penyelesaian terbaik mengenai isu banjir ini,” tambahnya.

Pada 29 Januari lalu, beberapa kampung di kawasan Segama dilanda banjir, menjejaskan lebih 500 penduduk di Segama.

Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu AVTC Segama dan Kolej Vokasional Lahad Datu bagi menempatkan mangsa banjir.

Mohamaddin, melalui Pejabat Adun Segama, telah masuk ke kampung dilanda banjir bagi menghantar bantuan kepada penduduk yang tidak dapat keluar dan turut menghantar bantuan ke PPS bagi membantu mangsa.