Kerajaan Haramkan Penjualan Rokok & Vape Secara Terbuka Bermula 1 April

LocalHealth & Fitness
13 Mar 2025 • 12:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan The Star, kerajaan memaklumkan bermula 1 April 2025, produk rokok dan vape tidak lagi boleh dijual secara terbuka di mana-mana kedai di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Penang dan Selangor.

Boleh dijual tapi letak dalam kabinet tertutup

Difahamkan, kerajaan mengambil langkah ini bagi melaksanakan Smoking Products Control Act of Public Health 2024 (Akta 852) yang bertujuan bagi mengawal penjualan serta penggunaan produk tembakau demi kesihatan rakyat.

image is not available

Melalui Akta 852, produk rokok dan vape perlu diletakkan di dalam kabinet tertutup dan dilarang dari mempamerkan di kaunter atau rak terbuka.

Peniaga hanya dibolehkan untuk meletak tanda khas untuk memaklumkan kepada pembeli bahawa produk tersedia dan amaran kesihatan juga mesti dipamerkan dengan jelas di kedai-kedai khusus yang menjual produk merokok.

Denda hingga RM300,000 atau penjara

Mana-mana individu yang melanggar peraturan ini akan didenda sebanyak RM500 hingga RM30,000, manakala organisasi boleh didenda hingga RM300,000 ataupun hadapi hukuman penjara.

image is not available

image is not available

image is not available

 

Dalam pada itu, pihak berkuasa akan menumpukan pada produk yang disamarkan sebagai mainan atau dijual melalui mesin layan diri dan platform atas talian.

image is not available 5 months ago

Ibu Bapa & Guru Bimbang, Industri ‘Vape’ Keluarkan ‘Design’ Pen Marker & Gam UHU - “Macam Sengaja Nak Tarik Perhatian Pelajar”