Kerajaan Kaji Gunakan Air Laut Untuk Penyejukan Pusat Data

LocalTechnology
5 Aug 2026 • 1:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Malaysia sedang mengkaji penggunaan air laut sebagai sumber air alternatif untuk industri pusat data. Teknologi desalinasi air laut boleh digunakan untuk membuang garam daripada air yang boleh menyebabkan sistem penyejukan berkarat. Antara isu besar global semasa ialah pusat data menggunakan terlalu banyak air yang lebih diperlukan untuk kegiatan seharian manusia.

Sebelum dilaksanakan, beberapa faktor akan diambil kira dengan ia bergantung kepada kesesuaian lokasi, keperluan tenaga, kos pengeluaran dan daya maju ekonomi. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menegaskan pusat data tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada air terawat yang diutamakan untuk rakyat.

Image from: Kerajaan Kaji Gunakan Air Laut Untuk Penyejukan Pusat Data

PETRA melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang melaksanakan penyelidikan berkaitan kesesuaian teknologi desalinasi air laut bagi kawasan kepulauan serta projek pembinaan loji berkaitan bagi membekalkan air bersih kepada Pos Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Tahun lalu., Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka berharap kerajaan akan memandatkan penggunaan sumber air alternatif untuk digunakan oleh pusat-pusat data sedia ada, dan juga untuk pusat data yang akan bertapak di Malaysia.

Sementara di Selangor pula, Indah Water Konsortium (IWK) ingin menawarkan air tebus guna untuk digunakan pada pusat data. Loji penambakan air di Setia Alam yang diusahakan IWK dengan kerjasama Air Selangor sebagai contoh menyediakan 4 juta liter air tebus guna setiap hari untuk kegunaan industri.

Sumber – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved