Kerajaan kekal harga siling minyak masak botol – Armizan

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 10:27 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kerajaan kekal harga siling minyak masak botol – Armizan

Kuala Lumpur: Kerajaan meluluskan pelaksanaan Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak (MKHMM) bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol susulan peningkatan harga minyak sawit mentah (CPO) dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 November lalu.

Menurutnya, menerusi mekanisme itu, kerajaan mengekalkan harga siling minyak masak sawit tulen pada RM6.90 bagi satu kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg).

Katanya, pengekalan harga siling itu dilaksanakan melalui peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira trend peningkatan harga CPO dunia sejak Jun 2025 yang dijangka berterusan, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran industri sehingga ada syarikat menghentikan pengeluaran minyak masak botol,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), di sini, Selasa.

Armizan berkata berdasarkan harga purata CPO dunia pada Oktober lalu sebanyak RM4,400 satu tan, harga minyak masak botol lima kilogram dianggarkan meningkat kepada RM34 tanpa intervensi kerajaan.

Pelaksanaan MKHMM membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta sebulan dalam bentuk insentif khas bagi memastikan bekalan minyak masak botol dijual mengikut harga siling ditetapkan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved