Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di- Pertuan Negeri Sembilan

LocalPolitics
5 Jun 2026 • 4:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang pengisytiharan atau pengesahan pelantikan ke jawatan Yang di-Pertuan Besar perlu dibuat mengikut prosedur yang sah bagi mengelakkan ketidakstabilan serta menjaga keamanan negara. Beliau turut mengingatkan bahawa institusi raja mempunyai peraturan dan tata cara tersendiri yang mesti dihormati.

Menurut beliau, tindakan menggugurkan atau memakzulkan seseorang raja bukan perkara kecil kerana ia boleh memberi implikasi besar terhadap kestabilan negara.

Kenyataan itu dibuat susulan pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis di sebuah resort di Melaka hari ini. Pemasyhuran berkenaan diumumkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Baca juga:

Anwar berkata, kerajaan sebelum ini telah menasihatkan pihak terlibat supaya mematuhi saluran perundangan yang betul, namun pengisytiharan tersebut tetap diteruskan. Beliau berpendapat pelaksanaan majlis berkenaan di sebuah hotel turut menimbulkan persepsi yang kurang baik terhadap imej dan identiti institusi diraja.

Dalam pada itu, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Anwar menegaskan kerajaan akan terus mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, manakala sebarang tuntutan lain hendaklah dikemukakan melalui saluran sah tanpa menimbulkan keresahan rakyat atau mengganggu pentadbiran negeri.

Sumber: Utusan

The post Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di- Pertuan Negeri Sembilan appeared first on The Reporter.