Kerajaan komited perkasa PKS melalui pelbagai inisiatif - PM Anwar

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2025 • 7:31 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini penting bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasinya untuk kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini di rantau ini.

Beliau menegaskan ia juga bagi memastikan perusahaan tempatan dan syarikat pemula tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.

“Kita mahu melihat PKS tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dan harus diingat bahawa haluan masa depan mesti berpaksikan teknologi, kelestarian dan keterangkuman untuk terus berjaya,“ katanya menerusi hantaran di laman sosial X.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyeru PKS agar tidak alpa kerana transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan automasi bukan lagi satu kemewahan tetapi telah menjadi keperluan utama.

Beliau menekankan teknologi tersebut akan menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan. – Bernama