Kerajaan Madani lulus 20 projek baik pulih sekolah daif di Johor

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan Madani lulus 20 projek baik pulih sekolah daif di Johor
Kah Woh mengadakan lawatan ke ke sekolah di Johor. Foto: FB SK Sungai Tiram
Image from: Kerajaan Madani lulus 20 projek baik pulih sekolah daif di Johor
Kah Woh (tengah) ketika mengadakan lawatan ke ke sekolah di Johor. Foto: FB SK Sungai Tiram

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan melaksanakan 20 projek pembangunan semula bangunan daif sekolah di Johor berjumlah RM241.82 juta dalam tempoh empat tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam tempoh tersebut, enam projek diluluskan pada 2023 bernilai RM64.22 juta diikuti empat projek 2024 (RM56.5 juta) manakala lima projek masing-masing untuk 2025 (RM62.1 juta) dan 2026 (RM59 juta).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu adalah sebanyak 10 kali ganda lebih berbanding dengan dua projek yang diperuntukkan di Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh dua tahun mentadbir negara.

“Pada tahun 2021 dan 2022, hanya satu projek setiap tahun diluluskan oleh pentadbiran yang lepas dengan jumlah nilai RM9.98 juta sahaja.

“Kerajaan Madani di bawah pimpinan PMX sentiasa buat yang terbaik bagi Malaysia dan bagi Johor.

“Fakta dan angka membuktikan Johor menerima manfaat yang jauh lebih besar hasil daripada pertukaran kerajaan Persekutuan pada tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

**media[3569581]**

Beliau memberitahu, kelulusan Projek Pembangunan Semula Bangunan Daif khususnya di Johor bukan sekadar angka dalam rekod pembangunan.

Menurutnya, ia mencerminkan iltizam kerajaan Madani bagi memastikan setiap murid berhak menikmati kemudahan pendidikan yang selamat, kondusif dan berkualiti.

“Bagi SK Sungai Tiram khasnya Pasir Gudang, peruntukan sebanyak RM38 juta telah diluluskan dalam Rolling Plan 3 (RP3) RMK12 Tahun 2023 untuk pembinaan semula bangunan daif yang melibatkan empat bilik darjah, sebuah bilik kaunseling, sebuah bilik pemulihan, sebuah bilik kesihatan, sebuah bilik darjah prasekolah dan kantin.

“Projek ini turut merangkumi pembinaan blok tambahan menempatkan 12 bilik darjah, lima bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan sebuah bilik darjah prasekolah. Pada masa ini, projek tersebut berada di peringkat perolehan tender,” ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved