
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) komited memajukan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sabah.
Menterinya, Datuk Dr. Ariffin Ariff berkata, usaha itu diperkasa dengan meningkatkan bilangan pelajar STEM di peringkat sekolah, universiti dan seterusnya sehingga karier pekerjaan.
Menurutnya, perkembangan pesat sains dan teknologi serta pembangunan ekonomi digital yang menyeluruh merupakan cabaran utama dihadapi kerajaan negeri.
“Kita perlukan bukan saja pelajar yang mempunyai pengetahuan saintifik, tetapi juga mereka yang dapat mengaplikasikan kemahiran untuk selesaikan masalah-masalah besar dunia sebenar.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Justeru, Sabah perlukan ramai pakar STEM pada masa akan datang untuk memajukan ekonomi wilayah ini dan buat permulaan dengan menarik penglibatan anak-anak kita di peringkat sekolah,” katanya.
Beliau berkata, demikian selepas merasmikan Pertandingan Pementasan Mini Eater STEM Sabah anjuran Persatuan STEM Kebangsaan (NSA) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, Rabu.
Hadir sama Setiausaha Kerja KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Presiden NSA, Profesor Emeritus Datuk Dr. Noraini Idris.
Bercakap mengenai program itu, Ariffin yang juga Exco Pendidikan berkata, KSTI akan pastikan program seumpama itu diadakan setiap tahun bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam STEM.
Katanya, pihaknya juga akan mengenalpasti beberapa kementerian yang akan turut membantu memperkasa program berkenaan demi memastikan aspirasi murni kerajaan tercapai.
“Pada masa sama, saya juga akan membuat susulan terhadap semua karya inovatif pelajar dalam program NSA ini untuk pastikan ia dipatenkan seterusnya dikomersialkan,” katanya.
Terdahulu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort II muncul juara dengan penghasilan produk inovasi kreatif mereka menewaskan sembilan buah sekolah di pertandingan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

